Manchester United dilaporkan mulai melihat impak yang diberikan Ralf Rangnick dalam beberapa minggu ini. Lantas kelab itu mulai mempertimbangkan untuk memberikan Rangnick tugasan sebagai pengurus tetap pada musim akan datang.

United sekarang ini melengahkan sedikit usaha mencari pengurus baharu untuk melihat apa yang akan dijelmakan Rangnick dalam beberapa minggu lagi.

Sejak mengambil alih, Rangnick telah mengetuai skuad Manchester United dalam 10 perlawanan dalam semua pertandingan, dengan enam kemenangan, tiga seri dan satu sahaja kekalahan.

Dalam Liga Perdana Inggeris sahaja, Rangnick membimbing United meraih lima kemenangan dalam lapan perlawanan dan meletakkan United dalam kelompok empat teratas.

Rangnick pada mulanya hanya mendapat kontrak sebagai pengurus sementara Manchester United sehingga penghujung musim 2021/22. Dan seleaps itu beliau akan menjadi penasihat teknikal kelab berkaitan dengan pembangunan dan DNA pasukan.

United sebelum ini giat mencari pengurus baharu. Beberapa nama dikaitkan dengan United termasuk Erik Ten Hag, Mauricio Pochettino, dan juga Zinedine Zidane.

Jika Rangnick berterusan memberikan impak positif, maka United tidak akan teragak agak untuk melantik Rangnick secara tetap.

Beberapa pencapaian penting Rangnick di United setakat ini mampu menyatukan skuad, mengurangkan ego Cristiano Ronaldo, dan meningkatkan prestasi Marcus Rashford di atas padang.

Rangnick juga dilihat mampu mencari formasi yang bagus untuk keselesaan pemain. Memansuhkan formasi 4-2-2-2 dan kembali kepada 4-3-3.

Jika Manchester United akhirnya berjaya menamatkan saingan dalam kelompok empat teratas pada penghujung musim, kemungkinan besar Rangnick akan dilantik sebagai pengurus tetap.

Seterusnya, prestasi Cristiano Ronaldo di bawah Rangnick juga akan menjadi salah satu elemen yang akan dinilai oleh Man United.