Manchester United menafikan laporan Sky Sports bahawa mereka mengancam mahu tamatkan kontrak Cristiano Ronaldo jika pemain itu tidak mengubah sikapnya.

Manchester United tewas sekali lagi di tangan pasukan yang dianggap bukan pilihan iaitu Brentford dengan skor 4-0. Kekalahan itu hadir kira kira seminggu selepas kekalahan mengejut mereka di tangan Brighton.

Manchester United dimalukan Brentford

Manchester United dilaporkan tidak gembira dengan sikap Ronaldo dalam perlawanan menentang Brentford. Di mana pemain itu dengan terang terangan menunjukkan kekecewaannya kepada De Gea. Kemudian Ronaldo enggan pergi ke arah seksyen penyokong pelawat.

Sky Sports dalam tweetnya menyatakan bahawa Man United sedia untuk tamatkan kontrak Cristiano Ronaldo.

Namun tweet itu kemudian dipadamkan. Koresponden Manchester Evening News, Samuel Luckhurst menyatakan bahawa berita itu tidak benar. Kelab tersebut masih berpendirian bahawa Ronaldo masih pemain penting mereka.

https://youtu.be/b2v9KHpHeRI

Adalah tidak masuk akal untuk mengugut menamatkan kontrak pemain yang pernah meminta ditamatkan kontrak atas persetujuan bersama beberapa minggu lalu.

Ronaldo dan ejennya ketika itu dikatakan berunding kalau United setuju untuk tamatkan kontrak Cristiano Ronaldo atas persetujuan bersama. Namun cadangan itu segera ditolak Manchester United.

Erik Ten Hag benar benar mahukan Ronaldo berada dalam pasukannya. Beliau dalam pada masa yang sama berusaha menambah beberapa pemain lagi ke dalam pasukannya.

Man United dikaitkan dengan beberapa nama termasuk Alvaro Morata, Pierre Emerick Aubameyang, Mauro Icardi dan juga bekas pemain mereka sendiri iaitu Memphis Depay.

Selain itu Man United masih dalam kedudukan untuk memburu Frenkie De Jong dari Barcelona.

Dua kekalahan berturut turut pada awal musim ini sukar ditelan oleh peminat Manchester United. Ini bermakna Erik Ten Hag telah memulakan kariernya di England dengan rekod 100% kekalahan selepas 2 perlawanan pertama.

Manchester United akan berhadapan dengan Liverpool pada aksi berikutnya. Pertemuan yang sangat penting buat Manchester United. Kemenangan ke atas Liverpool sudah tentunya akan menjadi sangat penting buat Man United dalam usaha mereka memenangi semula hati peminat yang kecewa.