Manchester United kembali semula ke pentas Perdana kejuaraan Liga Juara Juara Eropah.

Ini selepas mereka mencatat kemenangan ke atas pasukan pesaing mereka untuk mara ke ke UCL iaitu Leicester.

Man United ternyata berhati hati dalam rentak permainan mereka, kerana menyedari mereka tak boleh kalah perlawanan ini.

Leicester memiliki beberapa peluang gol menerusi serangan mereka yang direncana oleh Kelechi Iheanacho. Namun penyudah Leicester sangat tumpul.

Man United tercari rentak pada separuh masa pertama. Mereka tidak cukup pantas dalam gerakan dan aliran bola.

Pada minit ke-71 Manchester United di hadapan menerusi penalti Bruno Fernandes.

Ianya selepas Anthony Martial dijatuhkan oleh Jonny Evans.

Bruno Fernandes dengan tenang menyempurnakan penalti tersebut.

20200727_005800

Jamie Vardy hampir menjaringkan gol menerusi tandukan kilas. Namun terkena palang gol.

Harvey Barnes juga memiliki peluang dari jarak dekat namun rembatannya lemah dan mudah ditangkap De Gea.

Pada masa kecederaan Jonny Evans dilayangkan kad merah selepas mengasari Scott McTominay.

Pada minit akhir sebelum wisel penamat Jesse Lingard menjaringkan gol pertama beliau dalam 34 aksi Liga Perdana Inggeris.

https://twitter.com/dt_bliss/status/1287434307502354432?s=19

Ianya gara gara kesilapan Kasper Schmeichel yang cuba menggelecek Lingard.

Kemenangan bermakna United kembali semula ke Liga Juara Juara Eropah dengan menamatkan liga di tangga ketiga.

Dalam satu lagi perlawanan, Chelsea juga mengesahkan tempat di Liga Juara Juara Eropah selepas menewaskan Wolves.

Dua gol masa Kecederaan pada separuh masa pertama menerusi Mason Mount dan Olivier Giroud.

Sekaligus membolehkan Frank Lampard membantu kelabnya layak ke UCL pada musim pertamanya.

Baca juga perkembangan lain.

Arteta Sedar Arsenal Bermasalah Kreativiti Walaupun Banyak Gol

Conte: Itu Fake News, Messi Tak Akan Sertai Inter Walaupun Dalam Permainan Bola Sepak Fantasi

Andreas Pereira: Van Dijk Dan Milner Paling Poyo