Tottenham Hotspur sekali lagi berhadapan dengan cabaran untuk mengekalkan timbalan kapten mereka – Harry Kane.

Man United dilaporkan masih berminat untuk membawa masuk kapten kebangsan England itu ke Old Trafford. United mengarapkan mereka dapat khidmat Kane seperti mana mereka mendapatkan Berbatov satu ketika dahulu.

Namun ianya bukan mudah untuk Spurs. Lebih – lebih lagi, Daniel Levy meletakkan tanda harga £200 juta kepada United jika mereka mahu mendapatkan pemain itu.

Jika United setuju untuk membayar jumlah itu, barulah Spurs membenarkan rundingan dengan Harry Kane berlangsung.

Sebelum ini Harry Kane tidak menolak kemungkinan akan meninggalkan Spurs. Kerana menurut beliau, dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku.

Ramai pundit berpendapat, Kane harus meninggalkan Spurs untuk membolehkannya mendapat piala. Real Madrid antara kelab yang pernah mengintai khidmat Kane dan dianggap pilihan terbaik.

Namun ketika ini, Real Madrid dilihat tidak lagi berminat menjadikan Kane sebagai buruan utama mereka. Malah Madrid menumpukan usaha untuk membawa masuk Erling Haaland.

Jose Mourinho ketika di Man United pernah mengkritik pasukannya sendiri ketika itu dengan menyatakan bahawa United bukan  kuasa penarik bintang bola sepak seperti dahulu.

Mourinho menggunakan contoh Dimitar Berbatov yang mendesak perpindahan ke United. Namun pada waktu sekarang, tidak seorang pun  pemain Spurs tertarik ke Man United – menurut Mourinho ketika itu.

Jadi, cabaran sekarang adalah menarik. Kerana Mourinho bakal diuji oleh minat daripada Man United.

Daniel Levy sudah menegaskan bahawa Kane bukan untuk dijual. Kecuali ada pasukan yang sanggup bayar £200 juta untuk pemain tersebut.

Sanggupkah United membayar jumlah itu untuk Harry Kane?

Baca perkembangan bola sepak yang lain:

Hazard Cuba Kurangkan Makan Roti Ketika Lockdown

Ejen Dari Thailand Ambil Tindakan Saman Mat Yo

Bambang Pamungkas Lelong Barang Peribadi Bantu Perangi COVID-19