Manchester United tunduk di tangan Manchester City pada aksi separuh akhir Piala EFL. Sekaligus terlepas peluang ke final dalam pertandingan piala buat kali keempat berturut turut di bawah bimbingan Ole Gunnar Solskjaer.

United mencatatkan rekod tak diingini dalam semifinal piala liga. Di mana mereka disingkirkan sebanyak 3 kali daripada 4 semifinal terakhir mereka, berbanding dengan mara 8 daripada 9 semifinal sebelumnya, dalam pertandingan yang sama.

Dalam aksi yang berlangsung di Old Trafford, gol daripada John Stones dan Fernandinho membantu Manchester City mara ke final keempat berturut turut dan akan bertemu dengan Tottenham Hotspur yang menewaskan Brentford dengan keputusan yang sama.

Man United memulakan perlawanan dengan cuba menekan lawan mereka. Pada minit ke-9, Bruno Fernandes melakukan percubaan yang tidak memberikan masalah kepada Zack Steffen.

City kemudian mencipta ancaman menerusi Kevin de Bruyne apabila percubaan pemain antarabangsa Belgium itu terkena tiang.

Man United memberikan tentangan kepada City dan perlawanan berlangsung sengit. Separuh masa pertama tercatat skor 0-0.

Bersambung babak kedua, kisahnya terus berbeza. Hanya lima minit selepas aksi disambung John Stones menembusi gawang United selepas menerima hantaran oleh Foden.

Man City hampir menggandakan kedudukan seminit kemudian. Namun sayangnya percubaan Raheem Sterling diselamatkan oleh Dean Henderson.

City kemudian semakin bernafsu untuk mencari gol dalam perlawanan ini. Mereka terus mendominasi perlawanan.

Pada minit ke-62, City mendapat satu lagi peluang. Tetapi gagal disudahkan oleh Riyad Mahrez.

Ketika perlawanan berbaki 7 minit, pemain veteran Manchester City, Fernandinho menambah gol kedua untuk pasukannya.

Tiada tambahan jaringan dilakukan kedua dua pasukan. Man City mara ke final. Menjadikan mereka pasukan pertama selepas Liverpool (1981-84) mara ke 4 final Piala Liga berturut turut.

Man United dan Ole Gunnar Solskjaer tersingkir dari pertandingan piala sekali lagi buat keempat kalinya secara berturut turut.

Baca juga perkembangan lain

Solskjaer: Kami Sudah Berkembang Pesat Selepas Kalah 3 Kali Di Separuh Akhir

Ole Tak Ada Masa Nak Kira Penalti Liverpool

Mara Ke Final, Mourinho Berpeluang Akhiri Kemarau Trofi Spurs 13 Tahun