Riyad Mahrez melakukan aksi sensasi membantu Manchester City mencipta kebangkitan daripada kedudukan ketinggalan di tangan Spurs.

Manchester City ketinggalan 2 gol pada separuh masa pertama. Ianya membuatkan Pep Guardiola segera memberikan arahan taktikal baharu kepada pasukannya.

Ini kerana mereka tidak boleh keciciran mata lagi dalam usaha merapatkan jurang denganA rsenal.

Spurs mengejutkan Citizens terlebih dahulu selepas menjaringkan dua gol sebelum rehat menerusi Dejan Kulusevski dan Emerson Royal.

Bagaimanapun, Man City bertindak balas pada separuh masa kedua.

Pasukan Pep Guardiola melakukan kebangkitan gila dengan 4 gol pada 45 minit terakhir perlawanan.

Julian Alvarez memulakan malam kebangkitan City dengan gol pada minit ke-51.

2 minit kemudian, Erling Haaland kembali menemui sentuhan jaringannya. Di mana dia menyudahkan gol yang dibina dengan tipikal gaya juego di posicion Guardiola.

Selepas beberapa siri pertukaran hantan, Riyad Mahrez menyambut bola yang disungkit kepadanya dan ditolak kepada Erling Haaland yang dengan mudah menyempurnakannya menerusi tandukan dari jarak dekat.

Pada minit ke-63, Riyad Mahrez merembat deras untuk gol ketiga pasukan tuan rumah. Sebelum Mahrez menambah 1 lagi gol pada minit ke-90 menerusi satu gol yang licik.

Mahrez benar benar arkitek kebangkitan Manchester City selepas mereka ketinggalan awal perlawanan dengan 2 gol dan 1 assist.

Dengan kemenangan ini, Man City kekal di tangga kedua dalam kedudukan carta luga selepas mengumpul 42 mata daripada 19 perlawanan.

Bermakna mereka kini 5 mata di belakang Arsenal berbanding dengan 8 mata sebelum sepak mula.

Sebaliknya, Tottenham yang bergelut dengan prestasi mereka, bergelut untuk berada di tempat kelima.

Spurs telah mengumpul 33 mata daripada 20 perlawanan, lima mata di belakang Newcastle United di empat teratas dengan kurang satu perlawanan.

Saksikan rangkuman perlawanan antara Manchester City dan Tottenham Hotspur di sini: