Manchester City berjaya menempah tiket final UCL 2022/23 selepas menewaskan Real Madrid di Etihad. City menang dengan agregat 5-1 selepas aksi terikat 1-1 di Bernabeu.

Separuh masa pertama, Man City memberikan masalah sangat besar buat Real Madrid. Dengan pasukan Citizens berterusan menyerang ke kubu Real Madrid.

Bernardo Silva berjaya mencetak gol pendahuluan untuk Man City pada minit ke-23.

Segalanya bermula daripda Kyle Walker dan Stones yang menunggu masa sesuai untuk melepaskan bola kepada De Bruyne yang kemudian melorongkan kepada Bernardo Silva untuk disudahkannya.

Selepas gol tersebut, Manchester City mengekalkan tempo intensif mereka. Dan Bernardo Silva sekali lagi mencetak gol pada minit ke-37. Ianya satu lagi gerakan menerusi permainan berpasukan yang kemas.

Separuh masa pertama berakhir City 2 Real Madrid 0. Skuad Pep Guardiola masuk ke bilik persalinan dengan mendahului secara agregat 3-1.

Pada separu masa kedua, Real Madrid memperbaiki corak permainan mereka. Pada 15 minit pertama, Real Madrid memiliki 60% penguasaan bola. Dan melakukan lebih banyak percubaan.

Pada minit ke-51, David Alaba melakukan sepakan percuma yang sangat cantik. Namun Ederson melakukan penyelamatan berkelas dunia.

Man City melakukan beberapa siri serangan balas namun dimatikan oleh Real Madrid terutama sekali Camavinga.

Ancelotti memasukkan Rudiger dan kemudian Marcos Asensio — masing masing menggantikan Luka Modric dan Toni Kroos.

Pada minit ke-73, Thibaut Courtois sekali lagi melakukan penyelamatan luar biasa menafikan percubaan jarak dekat Erling Haaland selepas permainan satu dua yang kemas.

Pada minit ke-76, Man City 3-0 di hadapan selepas tandukan Akanji terbias pada kaki Eder Militao yang tertampan bola ke gawang sendiri.

VAR digunakan untuk mengesahkan gol tersebut. Dan pengadil diberitahu bahawa gol itu sah.

Real Madrid cuba mencari gol pertama dengan percubaan jarak dekat, namun dinafikan Ederson.

Ketika perlawanan seolah olah akan berakhir 3-0, pemain gantian, Julian Alvarez menambah 1 lagi gol dengan percubaan leret mengatasi Courtois.

Tamat perlawanan Manchester City 4 Real Madrid 0. Man City mara ke final UCL dengan agregat 5-1. City berpeluang sekali lagi untuk menjuarai UCL pertama kelab itu dalam sejarah.

Lawan mereka di final adalah Inter Milan yang menewaskan AC Milan dalam satu lagi aksi separuh akhir.