Manchester City tewas di tempat sendiri buat pertama kali musim ini ketika berdepan Brentford.

Kekalahan itu bermakna City secara automatik menyerahkan kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris kepada Arsenal sebelum rehat Piala Dunia.

Ivan Toney menjaringkan 2 gol dalam perlawanan ini. Dan ianya mesej jelas kepada Gareth Southgate bahawa Toney mahu memberitahu pengurus England itu tentang kualitinya.

Brentford melakukan ancaman pertama seawal minit keempat. Di mana Brian Mbuemo telah menguji Ederson.

Tidak lama kemudian, Toney melakukan percubaan pertamanya yang berjaya dinafikan Ederson.

Selepas permulaan yang sangat positif, Brenford akhirnya di hadapan pada minit ke-16 menerusi gol Ivan Toney.

Man City kemudian meminta penalti selepas bola terkena tangan Rico Henry. Pengadil merujuk VAR, dan pengadil memutuskan bahawa kesalahan itu berlaku di luar kotak penalti.

Manchester City sekali lagi dinafikan pengadil untuk penalti. City mendakwa De Bruyne dikasari di dalam kotak penalti. VAR tidak bersetuju dengan tuntutan tersebut.

Selepas kebuntuan dengan beberapa siri serangan, Man City akhirnya menyamakan kedudukan menerusi Foden.

Ianya berpunca daripada sepakan penjuru De Bruyne yang ditanduk Manuel Akanji, dan disambar oleh Phil Foden.

Separuh masa pertama berakhir 1-1.

Pada separuh masa, Joao Cancelo melakukan rembatan, yang ditepis oleh Zanka.

Man City mensia-siakan peluang keemasan pada minit ke-66 apabila Gundogan mempersiakan peluang gol dari jarak dekat.

Man City kemudian membawa masuk Julian Alvarez, yang menggantikan Joao Cancelo.

Pada masa kecederaan, Brentford menjaringkan gol kedua untuk menjadikan kedudukan 2-1. Mereka selayaknya mendapat gol tersebut selepas menunjukkan prestasi yang sangat positif dalam perlawanan.

Toney melakukan keraian yang dikatakan sindiran kepada Gareth Southgate yang tidak memanggilnya ke dalam skuad Piala Dunia 2022 England.

Berpunca daripada serangan balas yang dimulakan oleh Joshua Da Silva, dia berlari ke hadapan untuk menghantar hantaran lintang kepada Toney. Pemain yang baru sahaja dicicirkan England itu melakukan sepakan tepat.

Tamat perlawanan, Manchester City tewas di tangan Brentford 1-2.

EPL akan berehat untuk memberikan laluan kepada Piala Dunia 2022 yang akan berlangsung di Qatar.