Manchester City melepasi cabaran pertama Bayern Munich dengan menang mudah 3-0. Di mana Erling Haaland menjaringkan gol ke-45 musim ini dalam aksi yang berlangsung di Etihad.

Rodri dan Bernardo Silva turut berada dalam senaria penjaring untuk pasukan juara Inggeris itu, yang menjadi langkah besar dalam usaha mereka mahu menjadi juara UCL buat pertama kali.

Thomas Tuchel berjaya mengatasi Guardiola dan City ketika menjadi pengurus Chelsea pada final 2021.

Tetapi dalam 11 pertemuan antara kedua-dua jurulatih itu, Guardiola hanya tewas tiga kali sahaja.

Guardiola kerap dikritik kerana terlalu bermain-main dengan penggiliran pasukannya ketika di peringkat kalah mati Liga Juara-Juara Eropah sebelum ini.

Tetapi Tuchel yang membuat beberapa tindakan berani dengan pemilihan pasukannya ketika Thomas Muller dan Sadio Mane diletakkan di bangku simpanan, bersama Joao Cancelo yang kembali semula ke Etihad selepas menyertai Bayern secara pinjaman pada Januari.

Erling Haaland seolah olah menabur garam pada luka Bayern. Di mana City berjaya menewaskan Bayern sebelum ini dalam usaha mendapatkan pemain itu.

Rodri melakukan jaringan berkelas dunia pada separuh masa pertama. Membuatkan Bayern bertungkus lumus mencari gol penyamaan.

Bayern banyak melakukan percubaan baya terutama sekali dari luar kotak penalti.

Ederson dan Sommer masing masing cemerlang dalam perlawanan ini dengan beberapa penyelamatan penting.

Haaland menunjukkan permainannya bukan sekadar untuk menjaringkan gol, tetapi dia juga menunjukkan aspek playmaking beliau yang bagus.

Ini dibuktikan, apabil hantaran silang yang sempurna untuk ditanduk masuk Bernardo Silva pada minit ke-70.

Sommer kemudian membuat hadangan rembatan rendah oleh Julian Alvarez ke tempat selamat.

Tetapi Sommer tidak berdaya menafikan gol ketiga City, apabilka Haaland berjaya memastikan gol ke-45 beliau musim ini dalam semua pertandingan.

Rekod gol terbanyak dicipta oleh pemain Liga Perdana Inggeris dalam semusim untuk semua pertandingan.

Alvarez melepaskan satu lagi percubaan beberapa inci tersasar dan Sommer memerlukan penyelamatan hujung jari untuk menafikan tandukan Rodri ketika City mencari gol pada tambahan pada minit minit terakhir.

Tamat perlawanan Manchester City menang mudah ke atas Bayern Munich 3-0. Gergasi Bavarian itu perlu melakukan kebangkitan epik dalam masa 8 hari lagi.