Gol oleh pemain pertahanan, Nathan Ake menjadi detik penting Manchester City singkir Arsenal daripada saingan Piala FA.

Kedua-dua pasukan akan bertemu dua kali lagi dalam tempoh tiga bulan akan datang dalam Liga Perdana Inggeris.

Dengan kedua dua perlawanan itu boleh menetukan siapakan bakal merangkul gelaran juara Liga Perdan Inggeris.

Arsenal mendahului lima mata ke atas juara bertahan di tangga teratas liga, tetapi tumbang dalam aksi Piala FA, dalam kekalahan pertama sejak November.

Bertempat di Etihad, Mikel Arteta mungkin menyesal melakukan enam pertukaran kerana The Gunners tidak mempunyai percikan seperti biasa pada pertiga terakhir padang.

Martin Odegaard dan Gabriel Martinelli antara yang direhatkan di bangku simpanan.

Tetapi pengganti Martinelli, Leandro Trossard, memberi kesan positif pada penampilan sulung penuhnya.

Seterusnya Rob Holding juga berjaya merantai Erling Haaland sepanjang 45 minit. Namun dia dikeluarkan pada separuh masa kedua kerana sudah mendapat 1 kad kuning.

Guardiola hanya melakukan satu pertukaran luar daripada kemenangan 3-0 City ke atas Wolves.

Julian Alvarez yang masuk sebagai pemain gantian memberikan impak dari segi taktikal pada separuh masa kedua.

Selepas bergelut di hadapan gol, City akhirnya memecah kebuntuan menerusi Nathan Ake yang melakukan percubaan yang sangat tenang pada minit ke-64 hasil umpanan Jack Grealish.

Bola itu sebenarnya berpunca daripada percubaan Alvarez yang terkena tiang, bola kemudian dimenangi oleh Grealish yang melorongkan kepada Ake.

Nathan Ake terus cemerlang pada musim ini untuk Manchester City dan juga pasukan kebangsaan Belanda.

Arteta memberikan respon dengan memasukkan Martinelli, Odegaard dan Oleksandr Zinchenko.

Pelawat hampir membalas gol tersebut dengan segera sebaik sahaja pertukaran dibuat, apabila Nketiah melakukan percubaan jarak dekat, namun dihadang oleh Aymeric Laporte.

City bertahan dengan baik untuk memastikan jaringan tunggal Nathan Ake singkir Arsenal.