Manchester City dilaporkan telah memutuskan untuk menjual Joao Cancelo ke Bayern Munich kerana pemain itu tidak sehaluan dengan Pep Guardiola.

Namun perjanjian tersebut akan menjadi perjanjian pinjaman separuh musim pada Januari ini.

Bayern komited untuk klausa pembelian tetap sebanyak €70 juta.

Berita tentang penjualan Cancelo adalah sangat mengejutkan memandangkan dia merupakan pemain penting Manchester City dalam beberapa musim ini.

Namun pada pada musim ini, dia seringkali diletakkan di bangku simpanan.

Kecemerlangan pemain muda seperti Rico Lewis dan juga Nathan Ake juga membuatkan Cancelo semakin sukar mendapatkan tempat.

Cancelo sebelum ini pernah beberapa kali mempersoalkan Guardiola ketika dia dikeluarkan ataupun tidak diturunkan dalam bangku simpanan.

Dan terbaru, Cancelo telah bergaduh dengan Guardiola di pusat latihan selepas dia mendapat tahu namanya tidak berada dalam kesebelasan utama menentang Arsenal.

Cancelo kemudian mengancam untuk meninggalkan kelab itu.

Dan Guardiola tiada masalah dengannya. Menurut Guardiola, tiada pemain lebih besar daripada kelab.

Dalam aksi antara Manchester City menentang Wolves, Cancelo yang berada di bangku simpanan tidak berminat untuk memanaskan badan seperti pemain lain.

Ianya membuatkan Guardiola benar benar sudah tak tahan dengan pemain itu.

Bayern Munich pastinya sangat gembira dengan perkembangan ini. Mereka sangat memerlukan bek sisi dalam jendela perpindahan kali ini selepas kehilangan Mazroui dan juga Pavard.

Cancelo pula sudah menyatakan bahawa dia benar benar berminat menyertai Bayern Munich.