Machester City turun dalam aksi pada hari Isnin dengan mengetahui bahawa sebarang keputusan selain daripada kemenangan akan membolehkan Liverpool mendapat peluang untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris ketika menentang Crystal Palace di Anfield hanya 48 jam kemudian.

Tetapi Man City dengan pantas mengatasi tekanan itu. City di hadapan menerusi gol awal Foden. Mahrez dan David Silva juga berada dalam senarai penjaring dalam kemenangan mudah mereka.

Pep Guardiola sekali lagi melakukan penggiliran untuk para pemain utamanya. Merehatkan pemain seperti Kevin De Bruyne dan Raheem Sterling. Sementara itu, Sergio Aguero diturunkan dalam kesebelasan utama.

Foden meletakkan Man City di hadapan menerusi satu rembatan kaki kiri yang sangat cantik pada minit ke-22.

Riyad Mahrez menggandakan kelebihan buat juara pada minit ke-43 perlawanan.

Dan tidak lama selepas itu, VAR digunakan untuk memberikan penali kepada Man City selepas Ben Mee menjatuhkan Aguero.

Penalti itu disudahkan dengan tenang oleh Riyad Mahrez untuk mebolehkan City masuk ke bilik pesalinan dengan kelebihan 3-0.

Penguasaan City berlanjutan ke babak kedua, dengan kapten David Silva menyumbat gol keempat.

Foden sekali lagi menjaringkan gol. Untuk menjadikan skor 5-0 pada minit ke-63. Malam yang cemerlang buat Foden.

Perlawanan berakhir dengan kemenangan bergaya Man City 5-0. Dengan 72% penguasaan bola di atas padang. Agak menarik kerana sebelum ini Man City juga pasukan yang membelasah Burnley 5-0.

Kemenangan ini menyaksikan Man City kini mengurangkan jurang mata (yang masih jauh) kepada 20 mata.

Burnley diselubungi oleh kontroversi penyokong mereka yang menerbangkan banner ‘White Lives Matter’. Kapten pasukan mereka, Ben Mee menyatakan beliau malu dengan perbuatan penyokong tersebut.

pri155394487

Berkaitan dengan kecederaan Aguero, Pep Guardiola merasakan kecederaan itu agak meresahkan mereka.

“Ianya nampak tidak bagus. Beliau merasa ada kesakitan di lututnya. Kita akan tengok esok apa yang dia hadapi.”

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

Gol Ramos Dan Benzema Julang Real Madrid Ke Puncak

Highlight EPL: Alisson Selamatkan Liverpool Daripada Kekalahan

Analisis Taktikal: ‘Game Plan’ Arteta Buntu Kerana Isu Disiplin Dan Kreativiti