Ketua jurulatih skuad B-23 kebangsaan, Brad Maloney hari ini mengumumkan senarai 23 pemain akhir yang dipilih bagi mengharungi kempen Piala Asia B-23 2022 Tashkent, Uzbekistan bermula 1 Jun hingga 19 Jun 2022.

Bagi saingan edisi kali ini, Malaysia telah diundi bersama Republik Korea, Thailand dan Vietnam dalam Kumpulan C.

Tiada perubahan dilakukan oleh Maloney sebaliknya beliau masih menaruh kepercayaan kepada barisan pemain yang menyarung jersi negara dalam temasya Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam sebelum ini.

Bagaimanapun daripada senarai akhir 20 pemain ke Sukan SEA 2021, Maloney membawa masuk tambahan tiga pemain iaitu Muhammad Rahadiazli Rahalim, Muhamad Umar Hakeem Suhar Rezwan dan Muhammad Shafi Azswad Sapari yang sebelum ini berada dalam senarai bersedia ke Sukan SEA 2021 bagi melengkapkan senarai akhir 23 pemain ke Tashkent.

Bagi saingan Kumpulan C nanti, Malaysia akan memulakan kempen berdepan Republik Korea pada Khamis, 2 Jun 2022, jam 9 malam (waktu Malaysia), Thailand pada Ahad, 5 Jun 2022, jam 11 malam (waktu Malaysia) dan Vietnam pada Rabu, 8 Jun 2022, jam 9 malam (waktu Malaysia).

Perlawanan peringkat kumpulan tersebut dijadual berlangsung di Stadium Lokomotiv dan Stadium Bunyodkor di Tashkent.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan seterusnya akan layak ke suku akhir pada 11 dan 12 Jun 2022, separuh akhir pada 15 Jun 2022 manakala final pada 19 Jun 2022.

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad kebangsaan melalui pautan dibawah.

Masalah Dokumentasi Belum Selesai, Nooa Laine Tidak Dapat Beraksi Di Piala Asia B-23

Tiket Perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023 Sudah Mula Dijual

Sukan SEA: Dua Jaringan Luqman Bantu Malaysia Tewaskan Laos

Harimau Malaya Uji Myanmar Dan Hong Kong Di Stadium Nasional Bukit Jalil