Skuad Malaysia U23 bimbingan Datuk Ong Kim Swee, gagal layak ke pusingan akhir kejohanan AFC U23 2020 di Thailand selepas gagal menempatkan diri dalam 4 pasukan naib juara kumpulan terbaik.

Selepas seri 2-2 bertemu China di Shah Alam, pasukan Malaysia U23 terpaksa menanti perlawanan-perlawanan lain dari kumpulan A-F yang berlangsung di Asia Barat untuk menentukan nasib.

Perlawanan terakhir 2 pasukan terbaik pasukan dari kumpulan A-F itu perlu berkahir dengan salah satu pasukan memperolehi kemenangan untuk terus membuka peluang Malaysia U23 layak ke AFC U23 2020 di Thailand.

Namun, 2 perlawanan terawal dari kumpulan C – Iran U23 vs Iraq U23 dan kumpulan E Jordan U23 vs Syria U23 telah berakhir dengan keputusan seri 0-0 dan 1-1.

Screenshot 2019-03-27 at 12.16.40 AM

Dengan itu, skuad Malaysia U23 yang hanya memiliki kelebihan 1 gol ‘ditendang’ oleh pasukan Iran U23 dan Syria U23 yang mempunyai kelebihan 2 gol sekaligus menutup peluang untuk layak ke saingan AFC U23 2020 serta saingan Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun.

Dalam kempen kelayakan, skuad Datuk Ong Kim Swee tidak tewas dari 3 perlawanan apabila mencatat keputusan 2 kemenangan dan 1 seri, mengumpul 7 mata keseluruhan dan hanya perbezaan gol memisahkan Malaysia dan China.

Dengan keputusan bertemu pasukan tercorot kumpulan tidak diambil kira, Malaysia mengumpul 4 mata dan 1 perbezaan gol.