Skuad bola sepak Sukan Asia 2018 melakukan kejutan besar dalam perlawanan kedua peringkt Kumpulan E selepas berjaya menewaskan juara bertahan acara bola sepak Sukan Asia, Korea Selatan.

2 gol yang dijaringkan oleh penyerang Johor Darul Ta’zim, Safawi Rasid pada minit ke 5 dan minit ke 45+1 separuh masa pertama berjaya meletakkan Malaysia selesa tamat separuh masa pertama.

Korea Selatan yang nyata terkejut dengan persembahan anak buah Datuk Ong Kim Swee, masuk beraksi dalam separuh masa kedua dengan penuh bertenaga dab berjaya menemui gol pada minit 88 melalui Hwang Ui Jo.

Kemasukkan Heung Min Son, penyerang utama skuad kebangsaan Korea Selatan juga dilihat tidak memberikan banyak impak kepada skuad muda Taeguk Warrior.

Dengan kemenangan ini, Malaysia telah berjaya mengumpul 6 mata dari 2 perlawanan seterusnya muncul pasukan pertama dari Kumpulan E layak ke pusingan kalah mati 16 pasukan terbaik.

Tahniah skuad bola sepak Malaysia di Sukan Asia!