Tamat perlawanan peringkat kumpulan kejohanan AFF Suzuki Cup 2018, 4 pasukan telah mengesahkan tempat ke saingan separuh akhir yang akan berlangsung pada 1 dan 2 Disember 2018 nanti.

FIFA akan mengemaskini ranking November 2018 pada 29 November nanti dan dikalangan negara-negara ASEAN, Malaysia berjaya muncul sebagai negara yang paling banyak mengutip mata berdasarkan pengiraan baru FIFA.

Dari semua 5 perlawanan antarabangsa yang berlangsung dari kemaskini sebelum ini pada 25 Oktober 2018, Malaysia telah berjaya menang 4 perlawanan termasuk 1 perlawanan persahabatan antarabangsa A bertemu Maldives. Skuad negara hanya tewas 1 perlawanan kepada Vietnam di Hanoi dalam saingan peringkat kumpulan AFF Suzuki Cup 2018.

46526115_1920789068017848_4710525400730566656_n

Hasil dari 4 kemenangan dan 1 kekalahan itu, skuad bimbingan Tan Cheng Hoe telah berjaya mengutip tambahan 10.058 mata FIFA Ranking dan menjadi satu-satunya pasukan dari ASEAN yang berjaya mencapai pertambahan melebihi 10 mata pada bulan November.

Laos pula merupakan pasukan yang mencatatkan pengurangan mata paling tinggi apabila merekodkan -14.035  mata selepas tewas semua perlawanan.

Vietnam walaupun hanya mampu mencatatkan pertambanhan sebanyak +4.223 mata sahaja, masih lagi menjadi peneraju di ASEAN mengikut kutipan keseluruhan FIFA Ranking dengan 1224.129 mata.

Berikut adalah carta kedudukan FIFA Ranking bagi negara-negara di ASEAN selepas tamat perlawanan peringkat kumpulan AFF Suzuki Cup 2018.

2018-11-27_15-44-22

Malaysia berpeluang untuk menambah lagi mata apabila mempunyai 2 perlawanan bertemu Thailand diperingkat separuh akhir AFF Suzuki Cup 2018.

Mata maksimum yang mampu dicapai adalah +6.610 mata jika menang kedua-dua perlawanan dimana +3.319 untuk kemenangan diseparuh akhir 1 dan +3.291 diseparuh akhir 2 nanti.