Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam satu artikel berita dari Bernama hari ini memberikan gambaran bahawa Malaysia berkemungkinan besar tidak akan membida hak untuk menjadi tuan rumah pusingan kelayakan akhir Piala Asia 2023.

Menurut artikel itu, pihak kerajaan mahu memberikan keutamaan kepada usaha untuk memulihkan ekonomi pasca pandemik berbanding mengeluarkan dana untuk kos penganjuran pusingan kelayakan itu.

“Saya kira jika satu kejohanan itu dapat pastikan kita bawa sebilangan besar penonton atau datangkan hasil untuk pelancongan sukan, ia masih boleh difikirkan.

“Saya mahu menganjurkan (pusingan kelayakan) tapi kena ikut keutamaan ekonomi rakyat terlebih dahulu. Saya kira kerajaan sedang fokus selesai ekonomi pasca pandemik,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas laporan menyatakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berminat untuk membida satu daripada enam venue berpusat yang dibuka kepada 24 pasukan bertanding dalam saingan kelayakan pada Jun depan.

AFC sebelum ini telah memaklumkan bahawa perlawanan kelayakan akhir Piala Asia 2023 itu akan diadakan pada 3 tarikh yang telah ditetapkan iaitu 8,11 dan 14 Jun 2022 nanti.

Mana-mana negara yang berminat untuk menjadi hos kepada perlawanan ini perlu memenuhi semua syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh AFC untuk membolehkan mereka dipertimbangkan pencalonan.

Ketika ini Malaysia berkedudukan dalam balang undian ke-3 mengikut ranking FIFA semasa, dan berpeluang untuk berada dalam balang undia ke-2 sebelum majlis undian diadakan pada tahun hadapan.

2 jendela perlawanan antarabangsa FIFA perlu digunakan sebaiknya untuk mengutip mata sebanyak yang mungkin jika mahu berada dalam balang undian ke-2 untuk memiliki sedikit kelebihan.

Baca juga artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

Kelayakan Akhir Piala Asia 2023 Diadakan Secara ‘Karnival’ Berpusat Dan Perlawanan ‘Single Round Robin’

Luqman Hakim: “Sebagai Striker, Mesti Orang Target Punya. Saya Kena Bijak Dan Jangan Ambil Mudah.”

“B. Sathiananthan Tak Faham Sistem NFDP”. Lelaki Ini ‘Counter’ Dakwaan Mengenai NFDP Yang Dibangkitkan.

Sumber