Pasukan kebangsaan dikhabarkan memohon untuk menunda perlawanan peringkat kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang sepatutnya berlangsung pada Mac ini untuk dilangsungkan pada bulan Jun.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhemi Zainal Azam dimana Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dilaporkan telah menghantar permohonan rasmi mengenai penundaan tersebut kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada semalam.

Menurut Zulhelmi, semua pasukan termasuk Malaysia, kecuali Vietnam telah bersetuju untuk menunda perlawanan kelayakan kepada bulan Jun.

Permohonan untuk penundaan ini dipercayai kerana bilangan kes COVID-19 di beberapa negara khususnya Malaysia yang mengalami peningkatan.

Bilangan kes harian COVID-19 Malaysia berada pada tahap membimbangkan dimana lebih 3000 kes dicatatkan sejak awal bulan ini.

Skuad bimbingan Tan Cheng Hoe masih mempunyai baki tiga perlawanan kelayakan iaitu menentang Vietnam, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan juga Thailand.

Ketika ini, skuad Harimau Malaya menduduki tangga kedua dalam carta kumpulan G dengan kutipan 9 mata, dua mata di belakang pen dahulu iaitu Vietnam.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Mekanisme Undian Saingan AFC Cup 2021 Yang Perlu ‘Dihadam’ Peminat Kedah Dan Terengganu

RASMI: Liga Malaysia Ditunda Ke 5 Mac, Piala FA Tiada Dalam Kalendar Musim 2021

Dollah Salleh Sah Jadi Pengurus Pasukan, Pahang Ambil Pembantu Jurulatih Dari Eropah?