Venue bagi perlawanan persahabatan antarabangsa A diantara Malaysia bertemu Kyrgyzstan pada 16 Oktober 2018 akan diadakan di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, menurut Pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi.

Aksi persahabatan ini adalah sangat penting bagi skuad bimbingan Tan Cheng Hoe menjelang kejohanan Piala AFF Suzuki 2018 yang akan berlangsung pada bulan November 2018 nanti.

“Melaka pernah menjadi tuan rumah perlawanan antarabangsa pada Mac 2016 membabitkan skuad kebangsaan berdepan Macau yang mendapat sambutan hangat peminat.

“Kali ini, kita jangka sambutan juga amat baik, terutama penyokong dari Negeri Sembilan, Johor dan Singapura tambahan Malaysia berjaya menewaskan Fiji 1-0 pada aksi di Kuala Lumpur minggu lalu,” katanya.

harimau malaya
SUMBER: FAM

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA), Noor Azman Rahman berkata, mesyuarat EXCO persatuan minggu lalu bersetuju menerima cadangan FAM untuk perlawanan berkenaan diadakan di Melaka.

Beliau berkata, perlawanan di luar Lembah Klang itu membuka peluang kepada penyokong pasukan negara untuk memberikan sokongan padu kepada pemain terutama kepada yang terlepas aksi bertemu Fiji sebelum ini.

Harimau Malaya dijadualkan bertemu Taiwan pada 7 September, Kemboja (11 September ), Sri Lanka (12 Oktober ), Kyrgyzstan (16 Oktober) dan Maldives (3 November), sebelum memulakan kempen Piala AFF Suzuki 2018.

Sumber