Skuad Malaysia Warrior yang dibarisi oleh pemain berusia bawah 12 tahun telah dinobatkan sebagai juara Kejohanan Bola Sepak Piala Global J Green di Pusat Latihan Bola Sepak Kebangsaan Jepun J Green, Osaka, Jepun selepas menewaskan pasukan Ventforet Kofu dari Jepun dengan jaringan 2-0.

Sebelum ini, mereka turut menewaskan pasukan akademi Cerezo Osaka 2-1, di suku akhir sebelum bertemu kelab dari India, RFYU dalam saingan separuh akhir dan menewaskan mereka dengan jaringan 1-0.

70399156_1170783566440466_5664571335209123840_o
FOTO: Sportflex Malaysia

Pemain daripada pasukan itu dipilih menerusi kejohanan Piala Global Yakult 2019 yang diadakan di Kedah, Melaka, Kuala Lumpur dan Kelantan bermula 29 Jun hingga 28 Julai lalu, kemudian empat pasukan terbaik di setiap zon akan berentap pada aksi Grand Final di Kuala Lumpur.

Kejohanan tersebut juga merupakan platform terbaik buat pemain muda dari setiap negara bertanding bagi menimba pengalaman dalam usaha menjadi pasukan terbaik pada masa akan datang.

Sementara itu, sebuah lagi pasukan negara iaitu Malaysia Tiger menamatkan saingan pada tempat ke 13 daripada 24 pasukan yang mengambil bahagian.

Mungkin anda terlepas mengikuti perkembangan skuad Malaysia B-12. Klik pautan dibawah. 

Skuad Malaysia B-12 Raih Tempat Ketiga Dalam Piala Soong Ching Ling