Malaysia dipilih sebagai tuan rumah bagi perlawanan kumpulan G dan H Zon Timur saingan AFC Champions League (ACL) musim 2020.

Perkara ini diumumkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dimana badan itu meluluskan permohonan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi baki perlawanan ACL musim ini.

Perlawanan peringkat kumpulan itu dijadualkan berlangsung dari 17 Oktober hingga 1 November. Namun, venue masih lagi belum diputuskan.

Selain perlawanan peringkat kumpulan, AFC juga memberi mandat kepada Malaysia untuk menjadi venue satu perlawanan peringkat 16 terakhir (4 November), dua perlawanan suku akhir (25 November) dan satu perlawanan separuh akhir (29 November).

Kumpulkan G diisi oleh Vissel Kobe (Jepun), Guangzhou Evegrande (China), Suwon Samsung Bluewings (Korea Selatan) dan Johor Darul Ta’zim (Malaysia) manakala kumpulan H diisi oleh Yokohama F Marinos (Jepun), Jeonbuk Hyundai Motors (Korea Selatan), Sydney FC (Australia) dan Shanghai SIPG (China).

Baca artikel lain mengenai saingan AFC Champions League (ACL) 2020 di sini:

Qatar Dipilih Sebagai Tuan Rumah Perlawanan AFC Champions League Zon Asia Barat

BG Pathum United Sasar Beraksi Di AFC Champions League Musim Hadapan

JDT Kembali Beraksi Dalam Saingan AFC Champions League Pada Bulan Oktober

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group