Mata FIFA ranking pasukan kebangsaan Malaysia menjunam sekitar 7.63 mata selepas tewas kepada pasukan Vietnam 0-1 dalam perlawanan pusingan 2 kelayakan Piala Dunia 2022 minggu lalu.

Sepanjang bulan Oktober 2019, pasukan Malaysia hanya mempunyai 2 sahaja perlawanan antarabangsa dan tiada lagi perlawanan diadakan dalam kalendar perlawanan antarabangsa FIFA bermula 7 hingga 15 Oktober.

71962954_2429107230519360_1765997531713503232_o

Berikut adalah pergerakan mata FIFA ranking hasil dari 2 perlawanan yang diadakan. Mata FIFA ranking Malaysia selepas kemaskini terakhir pada 19 September 2019 adalah 1014.742 mata.

1.Menang bertemu Sri Lanka:

  • Kemenangan besar 6-0 keatas Sri Lanka di Stadium Nasional Bukit Jalil telah berjaya menghasilkan pungutan mata sebanyak 1.832 mata.
  • Pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan pungutan mata FIFA ranking Malaysia kepada 1,016.57 mata, sebelum turun bertemu Vietnam.

2. Kalah bertemu Vietnam:

  • Tewas tipis 0-1 kepada Vietnam di Hanoi, Malaysia telah kehilangan sekitar 7.629 mata FIFA ranking.
  • Ini juga menjadikan jumlah pungutan keseluruhan Malaysia sehingga kini adalah sekitar 1,008.945 mata.
Screenshot 2019-10-14 at 12.49.27 PM
Kedudukan Malaysia dalam FIFA Ranking yang dikemaskini pada 19 September 2019.

2 perlawanan bertemu Thailand dan Indonesia masing-masing pada 14 November dan 19 November di Stadium Nasional Bukit Jalil nanti juga merupakan peluang yang cukup besar bagi Malaysia samada untuk terus mengutip mata untuk cuba layak ke saingan Piala Asia 2023 secara automatik dan memperbaiki kedudukan FIFA ranking.

Baca juga artikel lain mengenai pasukan Malaysia yang mungkin terlepas dari pandangan sebelum ini.

Tan Cheng Hoe Tidak Hadiri Sidang Media Selepas Malaysia Tewas Kepada Vietnam

Jaringan Quang Hai Musnahkan Harapan Malaysia Kutip Tiga Mata Penuh

Tan Cheng Hoe Akui Jentera Serangan Skuad Harimau Malaya Gagal Berfungsi Dengan Baik