Pasukan kebangsaan hampir pasti bertemu pasukan dari Timur Tengah iaitu Bahrain dalam satu perlawanan pemanas badan menjelang baki aksi peringkat kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Perkara ini dikongsikan oleh ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe dimana beliau turut merancang untuk menjalani dua aksi persahabatan bagi memantapkan lagi prestasi pemain.

Bahrain
Sumber Gambar: FAM

“Kami sudah hampir pasti akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan Bahrain dan kami memerlukan satu lagi aksi pemanas badan.

“Pihak pengurusan pasukan sedang berbincang dengan pasukan-pasukan yang berpotensi untuk kami bertemu nanti,” katanya menurut laporan Stadium Astro.

Pasukan negara baru sahaja menamatkan kem latihan pusat selama dua minggu dimana pemain dikumpulkan buat kali pertama setelah lebih setahun tidak dipanggil ekoran pandemik COVID-19 yang melanda dunia sekaligus menghentikan aktiviti bola sepak di peringkat antarabangsa.

Selain Bahrain, dua lagi pasukan iaitu Australia dan Jordan menjadi calon untuk dijadikan sebagai lawan pemanas badan bagi skuad kebangsaan membuat persiapan rapi menjelang baki tiga perlawanan yang akan berlangsung di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Jun ini.

UAE menjadi satu-satunya pasukan dalam kumpulan G yang telah menjalani perlawanan persahabatan dimana baru-baru ini mereka membelasah India dengan keputusan 6-0.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Perak Pamer Kebangkitan, Tundukkan UiTM FC 3-2

Nafuzi Zain Nafi Terengganu Dapatkan Khidmat Shahrul Saad

Melaka United Lancar Kit Jersi Ketiga Hadapi Baki Saingan Liga Malaysia 2021