Skuad kebangsaan Malaysia dibawah bimbingan ketua jurulatih Tan Cheng Hoe, berpeluang untuk meraih sekurang-kurangnya 3 mata FIFA Ranking sekiranya mampu mengatasi pasukan Tajikistan malam esok di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pada kedudukan semasa, Malaysia mempunyai 1,009 mata manakala Tajikistan pula memungut 1,168 mata dan berikut adalah pergerakan mata FIFA ranking berdasarkan keputusan perlawanan bertemu Tajikistan;

  • Malaysia menang keatas Tajikistan

Jika pasukan Malaysia mencatatkan kemenangan malam esok, dijangka akan ada pertambahan +3.24 mata dalam kutipan mata FIFA ranking, menjadikan mata keseluruhan selepas perlawanan adalah 1,012 mata.

75429434_2488141614615921_6660092746662936576_o

  • Malaysia seri dengan Tajikistan

Sekiranya pasukan kebangsaan mencatatkan keputusan seri, Malaysia akan memperolehi +0.740 mata.

  • Malaysia tewas kepada Tajikistan

Jika pasukan negara tewas kepada Tajikistan pula, kita akan kehilangan -1.76 mata, menjadikan kutipan mata keseluruhan selepas perlawanan kepada 1,007 mata.

74333550_2541473092748485_3108202514252562432_n
FA Tajikistan

Tajikistan yang kini menghuni tangga ke 116 dunia dan Malaysia pula ditempat 158 bakal berentap dalam perlawanan persahabatan dalam rangka mempersiapkan pasukan masing-masing menjelang perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia pada 14 dan 19 November 2019.

Skuad bimbingan Usmon Toshev itu akan bertemu Myanmar di Yangon dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2022 pada 14 November 2019.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Perlawanan Persahabatan: Tajikistan Hadapi Malaysia Tanpa Tiga Tonggak Utama

Tan Cheng Hoe: Aksi Bertemu Tajikistan Medan Uji Kombinasi, Peluang Untuk Pemain Malaysia Belajar.

Harga Tiket Perlawanan Bertemu Tajikistan Serendah RM10 Termasuk Caj Pemprosesan