Berdasarkan kedudukan semasa MA Ranking bagi Asia Timur, Malaysia kini menghuni tangga ke 11 dibelakang Indonesia dimana jika kedudukan ini kekal ia bakal menyebabkan kita hilang slot untuk layak secara automatik ke AFC Champions League.

Mengikut kedudukan MA Ranking yang dikeluarkan oleh Footy Rankings, Malaysia mengumpul sebanyak 8.083 mata sahaja dalam 4 tahun terkini berbanding Indonesia yang memintas Malaysia dengan kutipan sebanyak 9.145 mata.

Jumlah mata dalam jadual dibawah ini adalah pengiraan peratusan berbanding mata yang dikutip oleh negara Arab Saudi yang kini merupakan MA paling tinggi kutipan matanya.

MA Rank

Sekiranya tiada perubahan dalam kedudukan ini, Malaysia hanya akan menerima slot untuk kejohanan kelab Asia seperti dibawah;

  • AFC Champions League: 0 slot automatik peringkat kumpulan, 1 slot diperingkat kelayakan play-off.
  • AFC Cup: 1 slot automatik peringkat kumpulan, 1 slot play-off.

Selepas kita melihat risiko yang akan diterima oleh Malaysia secara keseluruhannya seperti diatas, adalah penting bagi 3 wakil negara dalam kejohanan kelab Asia (AFC Champions League dan AFC Cup 2021) ini untuk mencatatkan kemenangan seterusnya mengutip mata bagi mengekalkan Malaysia dalam 10 kedudukan teratas Asia Timur sekurang-kurangnya.

Kedudukan ini adalah penting bagi kita untuk terus memiliki peluang yang lebih besar beraksi dengan kelab-kelab hebat diperingkat Asia untuk terus mempertingkatkan lagi kualiti bola sepak selain meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mampu mencabar bola sepak kelab di Asia.

Kenapa Indonesia Boleh Pintas Malaysia?

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa Indonesia boleh pintas kedudukan Malaysia berbanding sebelum ini.

Ok. Untuk tahun 2021, mata yang dikira adalah dari tahun 2018,2019,2020 dan 2021 sahaja.

Oleh kerana musim 2020 tiada sebarang mata dan 2021 masih belum bermula, kedua-dua tahun ini masih lagi 0. 2021 akan berubah sekiranya ada pasukan yang beraksi dan mengutip mata.

Apa yang membezakan Malaysia dan Indonesia pada ketika ini adalah jumlah kutipan mata pada tahun 2018 dan 2019 sebenarnya, dimana Indonesia mencatatkan 9.145 mata dan Malaysia hanya 8.083 mata.

Apa yang terjadi pada 2018 dan 2019?

AFC Champions League 2018: Pasukan JDT tidak beraksi dalam peringkat kumpulan pada ketika itu dan kalah kepada SCG Muangthong United 2-5.

AFC Cup 2018: JDT gagal lepas dari peringkat kumpulan. Pahang pula tidak menyertai kejohanan ini. Indonesia memiliki 2 wakil yang telah menyumbangkan mata iaitu Persija Jakarta dan Bali United.

AFC Champions League 2019: JDT pada musim 2019 telah mencatat 1 kemenangan dan 1 seri dalam peringkat kumpulan (4 mata), pasukan Perak pula telah berjaya layak ke peringkat play-off (0.45 mata).

Indonesia pula, meraih 5.045 mata apabila PSM Makassar layak ke ASEAN Zonal Semi Final selain sumbangan Persija Jakarta dalam peringkat kumpulan, membolehkan mereka memiliki mata yang lebih.

Semoga musim 2021 ini, ketiga-tiga wakil Malaysia dalam AFC Champions League dan AFC Cup berjaya mara sejauh mungkin dan mengutip mata untuk mengembalikan Malaysia dalam kedudukan MA Ranking yang lebih baik.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.

RASMI: Kerteh FC Bekerjasama Dengan Ghazoo Sports Terokai Peluang Komersil Di Australia Dan New Zealand

Amirizdwan Taj: Daripada ‘Striker’ Kolej Perindu UiTM Shah Alam Hingga Dipanggil Datuk K Rajagobal

Stadium Sultan Ibrahim Tersenarai Dalam 20 Calon ‘Stadium of The Year 2020’, Stadium Pertama Di Malaysia Seumpamanya