Baru-baru ini, pemain kacukan negara, Isaac Angking telah membuat penampilan pertama bersama pasukan kebangsaan Puerto Rico dalam satu perlawanan persahabatan.

Angking dimasukkan pada separuh masa kedua pada perlawanan menentang Republik Dominika, yang menyaksikan pasukan itu memenangi perlawanan dengan keputusan 1-0.

Meskipun telah tampil bersama skuad kebangsaan selain Malaysia, namun Isaac masih lagi dibenarkan untuk menukar pasukan kerana beliau diturunkan pada perlawanan yang tidak berada dalam kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Namun, skuad Harimau Malaya boleh kehilangan khidmat pemain berusia 20 tahun itu sekiranya beliau beraksi pada perlawanan peringkat kelayakan Piala Dunia 2022 pada Mac ini.

Puerto Rico dijadualkan menentang Saint Kitts and Nevis pada Mac ini dan sekiranya Isaac Angking beraksi pada perlawanan tersebut, maka peluang untuk beliau beraksi bersama Harimau Malaya akan tertutup rapat.

Angking merupakan kacukan Malaysia-Puerto Rico dimana ibunya berasal dari Sarawak.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Ifedayo Olesegun Mungkin Isi Kuota Pemain Import Asia

Isaac Angking Buat Penampilan Pertama Bersama Skuad Kebangsaan Puerto Rico

Semua Pasukan Liga Malaysia Tidak Dibenarkan Menjalani Latihan Sepanjang PKP