Skuad kebangsaan akan menentang Singapura dan Filipina sebagai persediaan sebelum menghadapi saingan kelayakan Piala Asia 2023.

Stadium Nasional Singapura dipilih sebagai venue dan perlawanan akan berlangsung pada 21 hingga 29 Mac.

Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) menegaskan penonton mungkin dibenarkan masuk ke stadium namun masih belum jelas sama ada standard operating procedure (SOP) semasa Piala AFF Suzuki digunakan atau ada SOP lain yang digunakan.

Malaysia

“Ketiga-tiga perlawanan akan diadakan di Stadium Nasional dan nanti kami akan mengumumkan mengenai jadual, tiket dan SOP berkaitan pasukan dan penyokong.

Malaysia dijangka turun menentang Singapura pada 26 Mac dan aksi ini akan menjadi perlawanan pertama kedua-dua pasukan sejak bertemu pada kejohanan Piala Airmarine 2019 lalu yang menyaksikan Singapura menewaskan pasukan negara dengan keputusan 1-0.

Kali terakhir dua pasukan ini bertemu di Singapura ialah pada 2016 di stadium sama dalam satu perlawanan persahabatan dimana keputusan berakhir dengan seri 0-0.

Perlawanan tiga penjuri ini menjadi medan terbaik bagi ketua jurulatih pasukan negara, Kim Pan-gon untuk mengenal pasti pemain bagi membawa cabaran Malaysia dalam saingan kelayakan.

Pan-gon akan dibantu oleh E.Elavarasan dan Pau Marti Vicente (penolong jurulatih), Cho Junho (jurulatih penjaga gol), Dr. Gokhan Kandemir (jurulatih kecergasan) dan Lim Jaehun (jurulatih analisis prestasi).

Bagi saingan kelayakan, pasukan negara diundi dalam kumpulan E bersama Bahrain, Turkmenistan dan Bangladesh. Singapura pula diundi dalam kumpulan F bersama Kyrgyzstan, Tajikistan dan Myanmar manakala Filipina diundi dalam kumpulan B bersama Palestine, Yaman dan Mongolia.

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) baru-baru ini mengumumkan mereka memilih Malaysia sebagai salah satu tuan rumah bagi saingan Kelayakan Piala Asia 2023.

AFC sebelum ini mengesahkan bahawa semua perlawanan kelayakan Piala Asia 2023 akan diadakan secara berpusat dan semua perlawanan mengikut format ‘single round robin’. Langkah itu dibuat setelah mengambil kira faktor-faktor serta cabaran yang disebabkan oleh pandemik COVID-19.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:

Daniel Ting Bakal Sertai Selangor?

Benjamin Mora Tak Jadi Letak Jawatan

Forestieri Tidak Dapat Menahan Sebak Selepas Menang Piala Pertama Bersama JDT