Setelah lebih dari setahun ditangguhkan ekoran pandemik COVID-19 yang melanda dunia ketika ini, saingan Piala AFF Suzuki 2020 dijadualkan berlangsung pada 5 Disember hingga 1 Januari 2022.

Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) telah mengeluarkan senarai pasukan yang bertanding bagi diundi pada 21 September ini yang bakal berlangsung di Singapura dimana pasukan negara berada dalam Pot 2.

Piala AFF Suzuki
Sumber Gambar: FA Thailand

Pot 1 dihuni oleh dua pasukan iaitu juara bertahan, Vietnam selain juara lima kali iaitu Thailand. Pot 2 pula diisi oleh Malaysia dan Myanmar manakala Pot 3 diisi oleh Filipina dan naib juara sebanyak lima kali, Indonesia.

Pot 4 diisi Singapura oleh dan Kemboja manakala Pot 5 diisi oleh Laos dan pemenang antara perlawanan play-off antara Brunei Darussalam dan Timor Leste.

AFF sehingga saat ini masih belum menentukan negara mana yang akan dipilih sebagai tuan rumah dimana badan itu masih menilai situasi COVID-19 di setiap negara bertanding bagi memastikan keselamatan semua pihak terjaga.

Kali terakhir saingan Piala AFF Suzuki berlangsung ialah pada 2018 dimana Vietnam muncul juara selepas menewaskan Malaysia dengan keputusan 3-2 secara agregat.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

Piala Malaysia 2021 Janjikan Saingan Sengit

Peminat Gesa Tan Cheng Hoe Panggil Daniel Ting Perkuatkan Skuad Harimau Malaya

Owen Teo Dapat Tawaran Beraksi Bersama Skuad Kebangsaan China