Impian skuad bola sepak Malaysia U23 untuk layak ke Sukan Olimpik 2020 akan mula membuka tirai apabila majlis undian pusingan kelayakan AFC U23 2019 akan diadakan jam 3 petang nanti.

Majlis undian itu akan berlangsung di AFC House, Bukit Jalil dan 44 pasukan akan diundi bagi menentukan kedudukan pasukan dalam 11 kumpulan. 44 pasukan ini juga dibahagikan kepada 2 zon iaitu;

West Zone: 24 pasukan dari Asia Barat, Asia Tengah dan Asia Selatan akan diundi dalam 6 kumpulan  A-F.
East Zone: 20 pasukan dari ASEAN, dan Asia Timur akan diundi dalam 5 kumpulan G-K

Malaysia Diletakkan Dalam Balang 1, Elak Bertembung Kuasa Asia Timur

Prestasi cemerlang yang ditunjukkan oleh skuad Ong Kim Swee dalam kejohanan AFC U23 di China awal tahun ini telah memberikan merit kepada saingan kelayakan tahun hadapan apabila Malaysia berjaya menempatkan diri dalam balang 1 undian bersmaa-sama Korea Selatan, Vietnam, Jepun dan Korea Utara.

2018-11-07_8-07-44

Dengan kedudukan di balang 1 itu, Malaysia sekurang-kurangnya mampu mengelak bertemu dengan kuasa besar Asia Timur justeru mencerahkan peluang untuk mara ke pusingan akhir AFC U23 2020 yang akan berlangsung di Thailand.

‘Route’ Ke Sukan Olimpik 2020 Yang Perlu Diketahui

Undian hari ini hanya untuk pusingan kelayakan AFC U23 2019 sahaja dan bukan untuk mendapatkan tiket ke Sukan Olimpik 2020.

Dari 11 kumpulan yang diundi nanti, juara kumpulan dan 4 naib juara kumpulan terbaik akan layak ke pusingan akahir AFC U23 2020 di Thailand.

26804800_1546944128735679_3875808823429132353_n

Dalam pusingan akhir AFC U23 2020 yang akan berlangsung dari 8 hingga 26 Januari 2020, 3 pasukan terbaik akan menerima slot Sukan Olimpik 2020. Jika pasukan Jepun (tuan rumah Sukan Olimpik 2020) berada dalam 3 pasukan terbaik, pasukan yang berada dikedudukan ke 4 akan menerima slot.

Nota: Malaysia adalah sebagai tuan rumah pusingan kelayakan AFC U23 2019.