Sepanjang kempen pasukan Malaysia dalam kejohanan Piala AFF 2020 di Singapura, 4 perlawanan telah dilalui dimana skuad bimbingan Tan Cheng Hoe berjaya mendapatkan 2 kemenangan dan 2 kekalahan.

Selepas gagal menempatkan diri dalam 2 pasukan terbaik kumpulan B untuk layak ke saingan separuh akhir, skuad Malaysia terkeluar dari saingan Piala AFF 2020.

Mari kita tengok berapakah jumlah mata FIFA Ranking yang telah kita perolehi hasil 4 perlawanan tersebut.

1) Perlawanan pertama Malaysia berdepan Kemboja, menang dengan keputusan 3-1. Mata FIFA Ranking yang diperolehi dari perlawanan ini adalah sebanyak +2.19 mata.

2) Untuk perlawanan kedua pula, Malaysia berdepan Laos telah mencatatkan kemenangan dengan keputusan 4-0. Mata FIFA Ranking yang diperolehi dari perlawanan ini adalah sebanyak +1.91 mata.

3) Bagi perlawanan ketiga, Malaysia bertemu Vietnam dan telah kalah dengan keputusan 0-3. Mata FIFA Ranking yang diperolehi dari perlawanan ini adalah sebanyak -1.71 mata.

Bagi perlawanan terakhir, Malaysia berdepan Indonesia dan telah kalah dengan keputusan 1-4. Mata FIFA Ranking yang diperolehi dari perlawanan ini adalah sebanyak -2.73 mata.

Secara keseluruhannya, dari 4 perlawanan peringkat kumpulan B kejohanan Piala AFF 2020 di Singapura ini, skuad Malaysia membawa pulang mata FIFA ranking sebanyak -0.34 mata dan dijangka berada dikedudukan sekitar 154 dunia apabila diumumkan nanti.

Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

Pemain Malaysia ‘Kaput’ Awal, Gagal Saingi Intensiti Dan Tempo Pasukan Indonesia Punca Utama ‘Barai’

Piala AFF 2020: Kemenangan Mudah Indonesia Pastikan Malaysia Pulang Awal

Faisal Halim:”Jujur Kepada Semua Orang, Saya 100% Bersedia Mental Dan Fizikal Bertemu Indonesia!”