Pemain kacukan Malaysia-Belgium, Johan Dion Cools baru-baru ini menyuarakan minat beliau untuk beraksi bersama pasukan kebangsaan sekiranya dipanggil oleh ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe.

Seperti yang kita sedia maklum, Dion Cools memulakan karier di Eropah dan ketika ini beliau beraksi bersama kelab Danish Superliga, FC Midtjylland.

Malaysia
Sumber Gambar: FC Midtjylland

Sekiranya Dion Cools lebih memilih untuk beraksi bersama skuad Harimau Malaya di pentas antarabangsa, maka Malaysia bakal mempunyai pemain pertahanan Asean yang mempunyai nilai pasaran semasa tertinggi.

Menurut data yang diambil dari laman Transfermrkt, nilai pasaran semasa Dion Cools ialah €800,000 Ribu atau sekitar RM3.8 Juta.

Nilai pasaran semasa Dion Cools itu nyata sama dengan pemain pertahanan skuad kebangsaan Thailand yang beraksi dalam saingan J. League bersama Yokohama F Marinos iaitu Theerathon Bunmathan.

Malaysia
Sumber Gambar: Obses Bola

Jika Dion beraksi bersama Malaysia, maka beliau harus bersaing dengan dua pemain iaitu Matthew Davies dan Syahmi Safari yang setakat ini menjadi pilihan Tan Cheng Hoe untuk mengisi posisi pertahanan kanan pasukan negara.

Kehadiran pemain 23 tahun itu dalam skuad kebangsaan sudah pasti bakal memberikan kelebihan tersendiri bagi Tan Cheng Hoe.

Baca artikel lain mengenai Johan Dion Cools di sini:

Johan Dion Cools Berminat Untuk Sarung Jersi Skuad Kebangsaan

Johan Dion Cools Sah Sertai Kelab Liga Denmark, FC Midtjylland

Johan Dion Cools Terlepas Peluang Raih Kejuaraan Liga Pro Belgium