Hari ini wakil daripada negara ASEAN telah menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sebagai tanda 10 anggota dari negara Asia Tenggara bersetuju untuk membida hak sebagai tuan rumah bagi penganjuran Piala Dunia pada tahun 2034.

Idea untuk menganjurkan kejohanan bola sepak paling berprestij di dunia itu telah dicadangkan oleh Pengerusi ASEAN, Jeneral Prayuth Chan o-cha, yang juga merupakan Perdana Menteri Thailand ketika Sidang Kemuncak ASEAN ke-34, di Thailand pada bulan jun lalu.

75419011_10156788658868652_5247944762874396672_n

FOTO: Chedet Official

Perjanjian itu juga bertujuan untuk meningkatkan pelaburan, pembinaan kapasiti dan pendidikan untuk sukan tersebut di rantau Asia Tenggara ini, melalui Program Bola Sepak untuk Sekolah FIFA.

Presiden FIFA, Gianni Infantino ketika berucap dalam majlis tersebut berkata, “Setelah beberapa dekad perbincangan diantara semua negara Asean, akhirnya kami telah menemukan kata kesepakatan yang menyatukan semua orang. Itulah bola sepak,”

Mengulas mengenai penganjuran Piala Dunia tersebut, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan semua negara di Asia Tenggara berpeluang menjadi tuan rumah jika mereka membida secara bersama.

“Kami merasakan secara sendirian (satu negara), kami tidak akan berpeluang untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia. Mungkin semua negara anggota ASEAN bersama, kita dapat menganjurkannya.

“Sudah tentu perlawanan boleh diadakan di semua negara anggota ASEAN seperti apa yang berlaku semasa Jepun dan Korea Selatan menjadi tuan rumah bersama pada 2002,” katanya.

Jepun dan Korea Selatan adalah dua negara Asia yang pernah menjadi tuan rumah bersama ketika kejohanan Piala Dunia 2002. Qatar akan menjadi negara Asia ketiga yang akan menganjurkan Piala Dunia pada tahun 2022.

Lagi artikel menarik mengenai penganjuran kejohanan Piala Dunia di rantau Asia yang mungkin anda terlepas pandang.

Kredibiliti FIFA Pilih Indonesia Sebagai Tuan Rumah Piala Dunia B-20 Dipersoal

TERKINI: Indonesia Dipilih Sebagai Tuan Rumah Piala Dunia FIFA B-20

Proses Untuk Membida Temasya Piala Dunia 2034 Akan Dikaji

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group