Pasukan kebangsaan bakal diperkuatkan oleh dua pemain naturalisasi bagi menghadapi saingan peringkat kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Ketika temu ramah bersama Astro Arena, presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menyatakan Liridon Krasniqi dan Guilherme De Paula bakal beraksi bersama pasukan negara tahun hadapan.

“De Paula kita jangkakan pada Mei nanti beliau akan melengkapkan tempoh lima tahun. Dua pemain ini memang berada dalam perancangan kita untuk program pemain naturalisasi.

“Liridon tidak beraksi pada tahun lalu dan sekiranya kita mendapatkan De Paula, mungkin ini akan memberi kelebihan untuk pasukan negara,” kata Datuk Hamidin.

Penyerang pasukan Perak itu dijangka diturunkan pada perlawanan terakhir peringkat kelayakan bertemu Thailand pada 21 Jun manakala Liridon pula berkemungkinan besar akan terlibat dalam dua perlawanan sebelumnya iaitu menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Vietnam pada bulan Mac.

Malaysia

Sumber Gambar: JST

Sebelum ini, Malaysia hanya mempunyai seorang pemain naturalisasi iaitu bekas pemain Pahang yang kini beraksi di Thai League 1 bersama Police Tero FC, Mohamadou Sumareh.

Dalam carta kumpulan G, pasukan negara ketika ini sedang menduduki tangga kedua dengan kutipan sembilan mata, dua mata di belakang pendahulu iaitu Vietnam.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

JDT Dominasi Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2020

UiTM FC Tandatangani Penjaga Gol Import Dari Croatia, Dominik Picak

Media Jepun Dedahkan Bekas Pemain Kashima Antlers, Masashi Motoyama Setuju Sertai Kelantan United

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group