Pemain pertahanan skuad Harimau Malaya, Corbin Ong menyifatkan pasukannya mempunyai kelebihan dari segi fizikal menjelang perlawanan menentang Vietnam dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022 pada hari jumaat ini.

Menurut beliau, Vietnam merupakan pasukan kuat namun ia tidak bermakna mereka tidak boleh dikalahkan. Kelebihan fizikal yang tinggi membolehkan para pemain negara menjaringkan gol melalui ‘set piece’ dan sepakan sudut.

“Mereka adalah pasukan yang tetap kompak, berdisiplin. Mereka sukar dikalahkan,” katanya dalam New Straits Times.

187129769_477074756699099_1979439978935411622_n
FOTO: FAM

Kehadiran Dion Cools juga memperkuatkan lagi benteng pertahanan skuad negara dan Corbin mengakui mereka memerlukan sedikit masa untuk membentuk persefahaman yang mantap.

“Kami tidak mempunyai banyak masa bermain bersama, kerana dia (Cools) datang lewat ke kem latihan pusat dan kami juga berganding buat kali pertama ketika menentang UAE.

“Kami berbincang banyak perkara ketika di luar padang, tetapi anda boleh belajar lebih banyak mengenai pemain di padang bagaimana memberi tekanan pada lawan, dalam posisi apa dan komunikasi apa.

“Tetapi anda dapat melihat dia memiliki kualiti dan dia akan menyumbangkan sesuatu untuk pasukan,” jelasnya.

Vietnam mencatatkan kemenangan selesa 4-0 ketika berdepan Indonesia awal pagi ini, namun kemenangan itu terpaksa dibayar dengan harga mahal apabila mereka kehilangan khidmat pemain tengah berpengaruh mereka, Nguyen Quang Hai.

Quang Hai digantung satu perlawanan menentang Malaysia keranan mengutip kad kuning kedua dan ketiadaan pemain berpengaruh itu perlu dimanfaatkan sebaiknya untuk memastikan kemenangan berpihak kepada skuad Harimau Malaya.

Berdasarkan kedudukan semasa, Malaysia memerlukan dua kemenangan untuk menghidupkan peluang ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022 dan memburu slot automatik ke Piala Asia 2023.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Selepas Jepun, Syria Pasukan Kedua Mara Ke Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022

Vietnam Hilang Khidmat Nguyen Quang Hai Berdepan Malaysia, Digantung Selepas Terima 2 Kad Kuning

Ali Mabkhout Tak Hirau Statistik Peribadi, Fokus Bawa UAE Ke Piala Dunia

UAE Terus Lakar Kemenangan, Thailand Jadi Mangsa Kedua