Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Sebuah pasukan bola sepak yang ditubuhkan pada penghujung tahun 2013 hasil inisiatif dari ibu bapa yang mempunyai anak yang berumur 3 hingga 4 tahun dengan misi untuk memberikan pendedahan bola sepak yang sebenar kepada kanak-kanak dari golongan yang datang dari keluarga miskin.

Bagi pihak pengasas mereka percaya bahawa kanak-kanak seharusnya bebas untuk bermain bola sepak tanpa mengira taraf ekonomi keluarga mereka.

Diawal penubuhan kelab Malaya FC, mereka hanya mempunyai sebuah pasukan teras, kini Malaya FC mampu berbangga kerana mereka mempunyai kira-kira 200 pemain.

61534630_1277504492401833_5630850284247842816_n

VocketFC berpeluang untuk membuat temubual ringkas berkenaan kelab Malaya FC selepas berjaya mengesan berkenaan cara mereka membantu kanak-kanak yang datang dari latar belakang ekonomi yang kurang baik untuk terlibat dengan bola sepak.

“Kami mula mengambil pemain-pemain dari komuniti miskin di Filipina, bagi memberikan peluang untuk mereka bermain bola sepak serta menyertai pelbagai kejohanan yang melibatkan Malaya FC.

67258927_1317777561707859_3569925001949741056_o

Apa yang lebih menariknya adalah sekitar 70% peratus dari kanak-kanak ini tidak perlu membayar modul latihan atau bayaran lain bersama Malaya FC.

“Malaya dalam bahasa Filipina bermaksud bebas. Jadi dengan misi dan visi kami yang mahu kanak-kanak dari golongan seperti itu bebas bermain bola sepak, kami memilih nama Malaya FC sebagai nama kelab kami.

Artikel lain yang padu untuk dijadikan bahan bacaan malam ini.

Malaysia Hilang Slot Automatik Kepada Filipina, Thailand Terima Slot 2+2 AFC Champions League 2021/22

Pemain Kacukan Malaysia-Filipina Berusia 17 Tahun, Tandatangan Kontrak Profesional Bersama Global Makati FC

39 Pemain Filipina Dipanggil Sertai Latihan Skuad Kebangsaan, 16 Pemain Beraksi Dalam Thai League