Bekas ketua pasukan skuad kebangsaan Jepun, Makoto Hasebe mencipta rekod dalam saingan Bundesliga apabila menjadi pemain Asia dengan penampilan terbanyak di pentas divisyen pertama bola sepak Jerman itu.

Hasebe membuat penampilan ke-309, sekaligus memadam rekod yang sebelum ini dipegang oleh lagenda Korea Selatan, Cha Bum Kun yang membuat 308 penampilan pada perlawanan menentang FSV Mainz yang menyaksikan Eintracht Frankfurt tewas dengan keputusan 2-0.

“Saya bangga kerana dapat bermain di Bundesliga melebihi pemain Asia yang lain. Akan tetapi, bagi saya akan lebih bermakna jika pasukan mencatat kemenangan pada perlawanan menentang Mainz.

“Kami tidak beraksi dengan baik. Nampak seperti ada kekurangan di semua bahagian. Satu perkara yang amat disayangkan kerana kami gagal berbuat demikian,” kata Hasebe.

Makoto Hasebe
Makoto Hasebe. Sumber Gambar: Zimbio

Makoto Hasebe baru-baru ini menandatangani kontrak lanjutan bersama Eintracht sehingga 2021. Eintracht merupakan kelab ketiga Hasebe di Jerman selepas beraksi bersama VfL Wolfsburg dan FC Nürnberg sebelum ini.

Selain memperpanjang kontrak, pemain berusia 36 tahun itu turut dilantik sebagai duta kelab. Beliau akan memulakan tugas pada musim 2020/2021.

Baca artikel lain mengenai pemain Jepun di Eropah di sini:

Eintracht Frankfurt Mahu Perpanjang Kontrak Daichi Kamada

Takefusa Kubo Mahu Berada Dalam Perancangan Zinedine Zidane Musim Hadapan

Barcelona Batalkan Niat Dapatkan Pengganti Hiroki Abe Kerana Kekangan Ekonomi