Kapten pasukan Jepun dalam saingan Piala Dunia 2018, Makoto Hasebe membuat pengumuman melalui laman sosial Instagram rasminya, bahawa beliau akan bersara dari skuad Samurai Blue selepas tewas kepada Belgium 2-3 semalam.

Makoto Hasebe berusia 34 tahun dan mula mewakili skuad kebangsaan Jepun sejak tahun 2006, tetapi mula mendapat perhatian ketika sesi kelayakan Piala Dunia 2010. Kejohanan Piala Dunia di Afrika Selatan itu juga merupakan perlawanan pertama Hasebe sebagai kapten dalam kesemua 3 perlawanan pasukan Jepun.

“Ia adalah satu penghormatan bagi saya untuk menyarung jersi Hinomaru didada, pengalaman hebat yang tidak dapat ditukar ganti”, menurut kemaskini laman sosial Instagram beliau.

“Saya telah bermain dibawah 7 orang jurulatih, staf kejurulatihan, staf skuad kebangsaan dan juga bersama rakan sepasukan yang terbaik telah menjadi sahabat saya”

“Saya berjaya menjalankan tanggungjawab sebagai ketua pasukan selama 8 tahun kerana sokongan dari semua orang dan ia adalah satu keseronokan untuk bermain bersama semua”.

makoto hasebe

Makoto Hasebe ketika berada dibawah kendalian jurulatih dari Itali, Alberto Zaccheroni pernah mendapat pujian dan dikatakan sebagai salah seorang dari 2 ‘true captain’ selain Paolo Maldini oleh kantoku-nya itu.

“Bola sepak telah menjadi darah daging saya. Ini bermakna sukan ini datang semua perkara lain dalam hidup saya. Saya menjaga dengan rapi apa yang saya makan, bagaimana saya tidur, bagaimana saya berlatih dan cara untuk pulih dari kecederaan”.

makoto hasebe

Pemain tengah Eintracht Frankfurt ini telah menjaringkan 2 gol dalam 114 perlawanan antarabangsa untuk Jepun sejak melakukan debut pada 2006.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan sepasukan yang telah berjuang bersama saya sepanjang 12 tahun setengah sejak 2006, dan kepada semua rakyat Jepun yang menyokong saya begitu banyak.