Dalam satu kemaskini yang dibuat oleh laman web rasmi J.League kira-kira 2 jam yang lalu, mereka secara rasmi memberitahu bahawa bekas penyerang Atletico Madrid, Fernando Torres sah akan menyertai Sagan Tosu.

Bagaimanapun, selepas beberapa minit artikel itu ‘terlepas’, pihak J.League telah pun menurunkan artikel itu dan sudah tidak dapat diakses lagi sekarang.

2018-05-30_14-49-22

Gambar diatas adalah artikel penuh dalam bahasa Jepun yang mengesahkan bahawa Fernando Torres akan menyertai kelab Sagan Tosu yang berpangkalan di Tosu, Saga, di kepulauan Kyushu.

Musim lalu, Sagan Tosu menamatkan saingan J1 League dikedudukan ke 8 dibelakang Urawa Reds dengan hanya dipisahkan 2 mata.

Bagi saingan terbaru 2018 ini, Sagan Tosu terperosok dikedudukan ke 2 tercorot J1 League apabila hanya mampu mengumpul 13 mata dari 15 perlawanan, dimana ‘strike force’ mereka hanya menjaringkan 14 gol dan bolos 21 gol.

32135604_201221050494262_5238437466217644032_n

Adakah kehadiran Fernando Torres ini adalah sebagai penyelesaian kepada ketumpulan barisan serangan Sagan Tosu untuk kembali memberikan saingan kepada pasukan lain.

Massimo Ficcadenti adalah pengurus pasukan Sagan Tosu semasa dan ada yang menyatakan bahawa kelab yang dimiliki oleh SAGAN DREAMS CO. LTD yang diketuai oleh Minoru Takehara ini mempunyai keupayaan kewangan untuk membawa pemain bintang dunia beraksi jika mereka mahu.