Terengganu akhirnya mempunyai pemain yang dipanggil untuk beraksi bersama skuad kebangsaan apabila pemain import, Makan Konate disenaraikan bagi beraksi bersama Mali.

Perkara ini diumumkan oleh Terengganu di laman media sosial rasmi pasukan dimana Konate menjadi satu-satunya pemain Mali yang beraksi di Asia dipanggil dalam skuad kali ini.

Sebelum ini, Terengganu mempunyai isu dengan panggilan skuad kebangsaan dimana beberapa pemain mereka yang menampilkan prestasi cemerlang dalam saingan liga tidak dipanggil bagi mewakili pasukan negara.

Pemain seperti Faisal Halim, Ariff Fadzilah, Hakimi Abdullah dan Muhammad Mohd Faudzi tidak disenaraikan dalam skuad Tan Cheng Hoe bagi menghadapi baki perlawanan peringkat kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 meskipun beraksi dengan baik dalam saingan liga domestik.

Konate menyertai pemain elit yang beraksi bersama kelab ternama Eropah dalam senarai panggilan kali ini seperti Yves Bissouma (Brighton & Hove Albion), Mousa Marega (Porto), Amadou Haidara (RB Leipzig) dan Moussa Djenepo (Southampton).

Makan Konate
Senarai pemain yang dipanggil bagi menyertai skuad kebangsaan Mali

Mali akan menghadapi saingan kelayakan bagi temasya African Cup of Nations dimana mereka akan menentang Algeria, Congo dan Tunisia.

Jika Makan Konate menampilkan prestasi terbaik ketika sesi latihan, tidak mustahil beliau akan diturunkan dalam kesebelasan utama.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

Negeri Sembilan Semakin Hampir Dapatkan Khidmat Arthur Cunha

Selepas Tinggalkan Perak, Nazirul Naim Bakal Sertai Sabah

Baling Jadi Pilihan KDA Adakan Sesi Latihan Secara Berpusat