Hasrat penyokong skuad The Bos Gaurus untuk melihat pemain baharu mereka tidak menjadi kenyataan apabila Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) hari ini mengumumkan Majlis Pelancaran Jersi dan Memperkenalkan Pemain Perak FA Musim 2020 terpaksa ditunda ke satu tarikh lain yang akan ditetapkan kelak.

Majlis yang sepatutnya berlangsung esok (11 Januari 2020) di Bulatan Sultan Azlan Shah Meru, Ipoh pada jam 5 petang hingga 11 pagi itu tidak dapat diadakan atas sebab-sebab masalah teknikal. ⠀

Menurut kenyataan daripada laman sosial rasmi PAFA, penjualan jersi juga tidak akan dilakukan pada hari tersebut.

Walau bagaimanapun, Perlawanan Akhir Kejohanan Piala Presiden PAFA 2019 di antara Kerian FA menentang Ipoh FA akan berlangsung seperti biasa di Stadium Perak, Ipoh pada jam 5 petang. ⠀

“PAFA ingin memohon maaf kepada para peminat yang sudah pastinya menetapkan perancangan untuk hadir ke majlis tersebut,” kata satu kenyataan daripada PAFA.

Setakat ini, Perak telah menandatangani dua pemain tempatan iaitu bekas ketua pasukan PKNP FC, Hafiz Ramdan serta bekas penyerang import Kuala Lumpur, Guilherme De Paula.

Seorang lagi pemain import iaitu Jeon Hyo-Seok yang berasal dari Korea Selatan dikhabarkan sudah sah mengisi kuota pemain import Asia bagi juara Piala Malaysia 2018 itu.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan Liga Malaysia musim 2020 melalui pautan dibawah.

Satiananthan Tetap Anggap Pahang Pencabar Terkuat Liga Super 2020 Walaupun Senyap

Kei Hirose Dan Fernando Rodriguez Resmi Gabung Johor Darul Ta’zim II

Safee Sali Sifatkan Tindakan Damian Yeo Sebagai Tidak Profesional

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group