Perlawanan unifi Piala Malaysia dalam Kumpulan D diantara pasukan Sabah dan Pahang malam ini yang dijadualkan berlangsung pada jam 9 malam ditunda kepada malam esok.

Perubahan itu telah mengundang rasa tidak puas hati dikalangan pengurusan, pemain serta penyokong pasukan Pahang yang kini sudah berada di Sabah untuk menyaksikan perlawanan tersebut, dan telah mengalami kerugian akibat perubahan yang berlaku pada minit-minit akhir seperti ini.

mfl tunda perlawanan

Dari maklumat yang kami terima, perubahan itu adalah disebabkan ada majlis keraian atau sambutan yang dirancang dan permohonan penundaan telah dibuat lebih awal kepada pihak MFL.

Namun begitu tiada sebarang maklum balas dari pihak MFL berkenaan status tersebut sehingga pagi ini, dan perkara ini telah menjadi topik panas terutamanya penyokong pasukan Pahang yang berhabis untuk kesana.

 

Sehingga artikel ini ditulis, masih belum ada sebarang kenyataan rasmi dari pihak MFL berkenaan penundaan perlawanan malam ini. Pihak MFL perlu menjelaskan sebab mengapa perlawanan ini ditunda dan adakah benar tiada sebarang keputusan dibuat mengenai permohonan pihak Sabah sehingga diberitahu pada hari ini.

Kemaskini 1: Untuk makluman pihak SAFA negeri baru sahaja di arah Oleh Kerajaan Negeri Sabah atas sebab upacara sempena Hari Malaysia Sabah tuan Rumah – FAM setuju dan telah mengarahkan pada SAFA negeri tunda ke 17/09/2018 masa Perlawanan 8.15pm Stadium Likas KK.

Mohon maaf atas kesulitan bagi Pihak SAFA Negeri