Bola sepak sememangnya menjadi salah satu sukan sukan yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia dan pelbagai cara dilakukan untuk menunjukkan minat terhadap sukan ini.

Selain hadir ke stadium dan menonton perlawanan secara langsung, bilangan padang komersial baik untuk kegunaan orang awam mahupun untuk tujuan perniagaan semakin bertambah setiap tahun bagi merancakkan lagi sukan bola sepak di negara ini.

Baru-baru ini, pasukan Vocket FC berpeluang untuk mengunjungi salah satu padang komersial ternama di Terengganu iaitu KTC Arena dan dalam satu sesi wawancara bersama Pengurus Besar, Dr Mohd Shahrul Faiz dan Eksekutif Operasi, Mohd Zulhusmi, mereka berkongsi pengalaman membina KTC Arena selain fasiliti lain yang ditawarkan di padang tersebut.

“KTC Arena diinspirasikan daripada anak-anak muda dari pelbagai bidang yang mempunyai minat mendalam mengenai bola sepak. Kami memutuskan untuk membina satu padang bola sepak tetapi bukan semata-mata padang. Kami mahu memberi fasiliti yang all rounder kepada pengunjung dimana kami mahu membina padang bersaiz FIFA, dilengkapi dengan lampu limpah dan yang paling penting ialah fasiliti kami mesra keluarga,” kata Dr Faiz.

Zulhusmi kemudiannya memberi penerangan mengenai fasiliti lain yang ada di KTC Arena yang boleh ditawarkan kepada pengunjung baik dari negeri Terengganu ataupun dari negeri lain.

“Di sini kami ada mempunyai fasiliti yang mesra keluarga dan oleh itu, kami menyediakan kemudahan seperti cafe, ruang ibadah dan juga cenderahati yang boleh dibawa pulang.

KTC Arena
Eureka Drinks

“KTC Arena merupakan ibu dan mempunyai dua anak iaitu Kaizer untuk merchandise dan Coffeekicx untuk cafe. Dua benda ini berjaya membuka peluang pekerjaan kepada anak tempatan. Kita juga membuka peluang kepada pelajar lepasan universiti untuk membuat latihan industri di sini,” kata Zulhusmi.

Seiring dengan menawarkan lebih dari sekadar bola sepak, KTC Arena juga berjaya mewujudkan beberapa peluang pekerjaan yang mana membezakan mereka dengan padang lain yang ada dalam negara.

“Di KTC Arena kita mempunyai lebih kurang 20 pekerja. Pekerja merupakan elemen penting dalam sesebuah perniagaan. Kita merupakan syarikat pertama yang menggajikan pengadil secara profesional. Sebelum ini tidak pernah berlaku di Malaysia dimana kita menggajikan pengadil secara tetap, ada EPF dan KWSP. Pengadil kami juga mendapat tajaan kelengkapan sepenuhnya oleh Kronos Malaysia.

Dr Faiz menambah selain dari bermain bola sepak, pengunjung juga boleh melancong dengan melawati beberapa tempat menarik khususnya di Kuala Terengganu.

“Salah satu objektif kita membina KTC Arena ialah kita mahu mempromosikan pelancongan sukan kepada pengunjung. Sebelum ini, ramai yang datang ke Terengganu hanya untuk melancong. Apabila kita bina satu fasiliti berkelas antarabangsa seperti KTC Arena, kita secara tidak langsung mempromosikan pelancongan sukan ke negeri Terengganu.

“Sebagai contoh, FC Vocket Legion datang dari Kuala Lumpur nak bermain di sini. Bukan sahaja bermain bola sepak tetapi juga boleh melancong di sini dengan membawa keluarga atau sahabat. Di sini kita dekat dengan Pantai Batu Burok. Pasar Payang, Jambatan Gantung dan Masjid Terapung pun dekat. Fasiliti lain juga ada seperti tempat makan dan hotel.

Dr Faiz dan Zulhusmi kemudiannya berkongsi visi dan misi KTC Arena serta sasaran jangka pendek dan jangka panjang yang mahu dicapai oleh mereka.

“Visi kita ialah menjadi peneraju di kalangan fasiliti bola sepak sosial di negara. Dan misi kami ialah mahu mengembangkan lagi operasi dengan membuka 5 lagi padang dalam tempoh tiga tahun dan In Sha Allah, kami mahu membuka 10 padang. Itu sasaran jangka masa panjang,” kata Dr Faiz.

“Di KTC Arena kita mahu menubuhkan program akar umbi kita sendiri selain menubuhkan pasukan untuk Liga M4 atau M5. In Sh Allah kita akan capai perkara ini,” kata Zulhusmi.

Dr Faiz kemudiannya menjelaskan cara untuk pelanggan membuat tempahan dan juga kelebihan yang bakal diperoleh sekiranya bermain bola sepak di KTC Arena.

“Kita memperkenalkan sistem tempahan online. Kita mungkin yang terawal menggunakan sistem tempahan atas talian. Jadi pasukan boleh membuat tempahan nak bermain di KTC Arena ini setiap bulan dimana kami membuka tempahan bermula 15 hari bulan. Di dalam sistem tempahan kita juga menyediakan beberapa pilihan dimana pasukan boleh memesan jurugambar, videografi dimana kita menggunakan sistem AI dan juga dron, yang mana kita menjadi yang pertama menawarkan khidmat dron.

“Kita juga menyediakan air mineral dimana kita beri secara percuma. Selain air mineral, kita juga bekerjasama dengan Eureka Drinks, yang merupakan air prestasi rasmi Terengganu FC untuk tahun ini dan pelanggan boleh memesan air ini di sistem atas talian. Selain itu, kita juga menyediakan khidmat sewaan jersi. Kita ada beberapa pilihan dimana ada lima rekaan jersi yang boleh dipilih oleh pelanggan.

Sekiranya anda mahu menunjukkan skil bola sepak dengan beraksi di atas padang bertaraf antarabangsa, klik di sini untuk membuat tempahan di KTC Arena.

Pada aksi persahabatan empat penjuru yang disertai KTC Arena, FC Vocket Legion A, FC Vocket Legion B dan UC Viching Terengganu dimana Vocket Legion B muncul juara selepas menewaskan KTC Arena menerusi penentuan sepakan penalti dengan keputusan 6-5. Vocket Legion A dan UC Viching masing-masing menduduki tangga ketiga dan keempat.

Menurut salah seorang pemain Vocket Legion, KTC Arena mempunyai kualiti padang yang sangat baik jika dibandingkan dengan padang komersial lain dalam negara.

“Kualiti padang di KTC Arena adalah yang terbaik menurut saya jika kita nak bandingkan dengan padang yang ada dalam negara. Selain itu, lampu limpah cukup terang dan kemudahan lain di sini yang menurut saya amat baik. Terima kasih kerana telah menjemput kami bermain di sini,” kata pemain tersebut.

KTC Arena nyata layak untuk dijadikan sebagai contoh kepada padang komersial lain di seluruh negara bagi memberi pengalaman secara menyeluruh kepada pengunjung yang mahu bermain bola sepak.

Kami di pihak Vocket FC mengucapkan terima kasih kepada pihak KTC Arena kerana telah menjemput kami beraksi di padang mereka dan mengucapkan selamat maju jaya kepada KTC Arena!