Persatuan Bola Sepak Vietnam (VFF), saingan Liga Vietnam musim 2021 tidak akan dilangsungkan pada tahun ini bagi memberi laluan kepada persiapan pasukan kebangsaan untuk menghadapi saingan kelayakan pusingan ketiga Piala Dunia 2022.

Menurut perkongsian Asean Football, saingan liga musim 2021 akan disambung semula pada Februari 2022 bagi memastikan pasukan kebangsaan berada dalam keadaan terbaik bagi menghadapi saingan kelayakan dan juga Piala AFF Suzuki pada akhir tahun ini.

Bagaimanapun, saingan divisyen kedua tetap dilangsungkan dimana sepak mula dijadualkan berlangsung pada 20 November ini dan hanya satu pasukan sahaja yang akan dipromosi ke saingan divisyen utama.

Langkah ini nyata tidak dipersetujui oleh kelab yang bertanding kerana ia akan memberi kerugian yang besar pada kantung kewangan mereka dan berdepan risiko muflis.

Secara purata, setiap kelab Liga Vietnam membelanjakan kira-kira VND1-2 juta (RM180,000 hingga RM370,000) sebulan untuk membayar gaji pemain, bonus dan kos pengurusan.

Pengarah Nam Dinh FC, Tran Thai Toan menyifatkan cadangan penangguhan liga hingga tahun depan adalah mengarut dan pihaknya sedia mengambil tindakan undang-undang untuk menyaman penganjur jika keputusan itu diteruskan.

“ Cadangan mengubah jadual liga ini hanya memberi kesan kepada kelab dan mereka tidak pernah tanya pendapat kami langsung. Kelab adalah sebahagian daripada VPF dan menurut undang-undang, kami boleh saman mereka jika keputusan yang diambil memberi kesan kepada kewangan pasukan,” kata Toan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Jersi Buriram United Terjual 51,677 Helai, Menjana Jualan Sekitar RM4.56 Juta Dalam 3 Minggu!

Hadi Fayyadh Mahu Fokus Proses Pemulihan Kecederaan Lutut

Kaoru Mitoma Lengkapkan Perpindahan Ke Brighton & Hove Albion