Skuad Indonesia B-19 raih keputusan yang positif sejak menjalani latihan pusat di Croatia. Mereka mengekalkan rekod tanpa kalah dalam perlawanan 4 perlawanan persahabatan yang telah diaturkan.

Pasukan kendalian Shin Tae-yong itu menewaskan Dinamo Zagreb (1-0), NK Dugopolje (3-0), Macedonia Utara (4-1), dan turut seri tanpa jaringan pada perlawanan kedua menentang Macedonia.

Hasil keputusan tersebut menyebabkan para pemain pasukan itu dihamburkan pelbagai pujian menggunung daripada penyokong bola sepak Indonesia sekaligus membangkitkan rasa bimbang pada bekas jurulatih Pulau Pinang dari Brazil, Jaino Matos.

Matos yang pernah mengendali beberapa kelab Indonesia meminta media negara tersebut tidak mempromosi secara melebihan kerana menyifatkan skuad itu belum menunjukkan kemampuan sebenar sebelum ke Piala Dunia B-20.

“Jangan terlalu angkat mereka sekarang. Baru menang perlawanan persahabatan, kita sudah lambung mereka tinggi-tinggi. Kalau mereka tunjukkan prestasi terbaik dalam Piala Dunia barulah boleh dipuji”, katanya kepada Kompas.com.

Malah, Matos juga mahu para pemain Indonesia B-19 tidak mudah berasa selesa dan berasa seperti seorang bintang bagi mengelakkan mereka dijangkiti ‘sindrom star’.

Justeru itu, beliau mencadangkan agar para pemain garuda muda menjauhkan aplikasi TikTok dan fokus untuk mencapai cita-cita yang sebenar.

“Umur 18 tahun itu dewasa bukan anak kecil. Harus tahu diri dan tanggungjawab. Ini faktor kunci perubahan sekarang.

“Yang membezakan adalah sikap, daya tahan, mental dan fizikal. Budaya seperti itu harus dibawa ke semua kelompok umur. Harus ada jati diri dan perlu bekerja keras. Lupakan TikTok dan lain-lain,” tegasnya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Jurulatih Police Tero Mahu Bawa Mohamadou Sumareh Ke Perlawanan Menentang PT Prachuap

UAE Tewas Kepada Uzbekistan, Pemain Naturalisasi Jaringkan Gol Pertama

RASMI: Zense Entertainment Beli Hak Penyiaran Thai League 8 Musim Sehingga 2028 Bernilai Hampir RM200 Juta Semusim

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group