Mahkamah Sepanyol pada Selasa melarang UEFA dan FIFA daripada menghukum penganjur Liga Super Eropah berikutan rayuan daripada pihak penganjur terhadap keputusan awal.

Keputusan itu adalah langkah terbaharu dalam pertikaian undang-undang yang berlarutan. Di mana kes tersebut telah dibicarakan di dua lagi mahkamah Sepanyol.

Namun Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah boleh membatalkan sebarang keputusan daripada 2 mahkamah tersebut. Dan kes ini dijangka akan dibawa ke mahkamah Kesatuan Eropah pada suku pertama tahun ini.

Keputusan hari Selasa tersebut adalah sebagai tindak balas kepada rayuan oleh penganjur Liga Super Eropah.

https://twitter.com/ReshadRahman_/status/1620382146828582914

Mahkamah Wilayah Madrid bersetuju untuk membatalkan keputusan hakim di mahkamah komersial pada April  — untuk mengekalkan rayuan awal UEFA terhadap langkah berjaga-jaga yang dikeluarkan oleh mahkamah di Sepanyol sejurus selepas kegagalan pelancaran pertandingan memisahkan diri pada 2021.

Kini majistret mengembalikan larangan sementara terhadap badan-badan induk bola sepak Eropah dan dunia, dengan mengatakan bahawa UEFA dan FIFA tidak boleh diberikan kuasa terlalu besar untuk ‘melindungi’ bola sepak.

“Apa yang kami perhatikan ialah tindakan yang memenuhi semua ciri penderaan yang tidak wajar oleh sesiapa sahaja yang memegang kedudukan penguasaan,” kata keputusan majistret.

Keputusan Sepanyol menghalang UEFA dan FIFA daripada mengambil tindakan terhadap Liga Super adalah bersifat sementara menunggu keputusan mahkamah Eropah sama ada badan induk bola sepak Eropah menyalahgunakan kedudukan dominannya dalam cuba menyekat rancangan itu.

Ini selepas UEFA dengan restu FIFA telah mengancam untuk membatalkan penyertaan mana mana pasukan yang mahu menyertai ESL daripada bertanding dalam liga domestik dan pertandingan anjuran UEFA.

Liga Super telah dilancarkan pada 2021 oleh 12 kelab terbesar di Eropah, tetapi kelab Liga Perdana Inggeris dengan pantas menarik diri.

Ianya adalah kerana tindak balas daripada penyokong dan kerajaan Britain dan hanya Real Madrid, Barcelona dan Juventus kekal sebagai penyokong awam projek itu.

A22, sebuah syarikat yang diasaskan awal tahun ini yang telah mengambil alih peranan mempertahankan dan mempromosikan Liga Super.

Mereka mengalu-alukan keputusan mahkamah yang dikatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Bernd Reichart sebagai langkah penting dalam terus menjaga hak mereka untuk cuba menganjurkan pertandingan sendiri.

Beberapa bulan lalu, Florentino Perez memberikan jaminan bahawa mereka akan menang menentang UEFA dan FIFA, sambil menegaskan bahawa, selepas ini, tiada pasukan yang harus takut menyertai ESL.

Perez turut menuduh FIFA dan UEFA sebagai mafia yang mengugut kesemua 9 lagi pasukan lain menarik diri kerana kuasa monopoli mereka.

La Liga ternyata tidak gembira dengan keputusan mahkamah tersebut dan menyatakan bahawa struktur bola sepak yang ada sekarang harus dipertahankan.