Bekas pemain pertahanan skuad kebangsaan yang baru sahaja menyertai Petaling Jaya City FC, Mahali Jasuli menegaskan beliau sedia jika diturunkan di posisi berbeza apabila saingan Liga Malaysia musim 2020 membuka tirai.

Pemain yang pernah beraksi bersama Johor Darul Ta’zim dan Selangor itu memulakan karier sebagai pemain pertahanan kanan namun beliau kerap diturunkan di posisi serangan dan juga bahagian tengah apabila beraksi bersama PKNS FC di bawah bimbingan Datuk K.Rajagopal pada musim 2018 dan 2019 lalu.

Mahali Jasuli
Sumber Gambar: Foxsport Malaysia

Bercakap kepada The Star, Mahali berkata beliau akan mengikut perancangan ketua jurulatih mengenai posisi beliau sekiranya diturunkan dalam kesebelasan utama.

“Saya telah memberitahu kepada jurulatih saya boleh beraksi di mana-mana posisi selagi memenuhi perancangan beliau. Sama ada sebagai pemain pertahanan atau tengah, saya sedia.

“Saya tidak sabar untuk bekerjasama bersama coach K.Devan. Beliau tegas dan selalu menekankan disiplin dalam gaya permainan yang beliau gunakan. Bagi saya, saya teruja untuk bekerja dibawah bimbingan beliau untuk kali pertama.

Mahali Jasuli
Sumber Gambar: Stadium Astro

Mahali Jasuli terpaksa mencari pasukan baharu bagi saingan musim 2020 setelah PKNS FC dijadikan sebagai kelab pembangunan kepada Selangor dan ditukar nama kepada Selangor II.

Bersama PJ City, Mahali akan beraksi bersama rakan sepasukan ketika memenangi Piala AFF Suzuki pada 2010 lalu iaitu Safee Sali dan K. Gurusamy.

Baca artikel lain mengenai Petaling Jaya City FC di sini:

Amer Saidin Beraksi Bersama Petaling Jaya City FC Musim Hadapan?

Kalahkan Petaling Jaya City, Bhayangkara FC Juarai Siem Reap Super Asia Cup 2020