Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer, akhirnya mengesahkan bahawa kapten pasukan, Harry Maguire tidak akan dapat beraksi dalam final UEL. Ini kerana pemain itu masih tidak dapat berlari.

Solskjaer berkata: “Maguire boleh berjaya namun masih jauh lagi dari proses berjalan ke berlari. Saya tak rasa kita akan menyaksikan beliau tampil di Gdansk. Tidak!”

“Namun saya akan tetap memberikan peluang kepadanya sehingga malam Selasa, pada sesi latihan terakhir kita. Nak tengok sejauh mana perkembangan beliau.”

“Dia sedang melalui proses pemulihan yang sangat baik dan pastinya sedang membaik. Namun kecederaan ligamen memang mengambil masa untuk sembuh,” kata Solskjaer.

Maguire mengalami kecederaan di buku lali ketika aksi menentang Aston Villa. Dan sejak ketiadaan Maguire United menelan 2 kekalahan di tangan Leicester City dan Liverpool.

Dan kemudian hanya mampu seri 1-1 ketika menentang Fulham di Stadium Old Trafford.

Ketiadaan Maguire jelas dirasai oleh Man United di bahagian pertahanan.

Sebelum ini Maguire dilaporkan optimis akan dapat beraksi di final dan berusaha keras untuk memastikan hasratnya tercapai.

Tetapi ternyata tiada rezeki untuk Maguire tampil dalam aksi final pertama beliau selaku pemain dan kapten Man United.

Manchester United akan menentang Villarreal dalam aksi final di Gdansk.

Berita baiknuya pemain seperti McTominay, Fred dan Anthony Martial dijangka akan cergas sepenuhnya untuk beraksi.

Baca juga artikel

TERKINI: Barcelona Dan Aguero Capai Kesepakatan, Depay Menyusul

Messi Tak Perlukan Trofi Antarabangsa Untuk Menjadi GOAT

EPL: Liverpool Teratas, Nat Phillips Pamer Aksi Cemerlang