Kapten Manchester United, Harry Maguire mengkritik pengadil dan VAR yang membuatkan Manchester United keciciran mata dalam aksi berdepan dengan West Brom.

Manchester United ketinggalan seawal minit ke-2 lagi menerusi Diagne. Namun bintang utama Man United, Bruno Fernandes berjaya menyamakan kedudukan sebelum rehat.

Walaubagaimanapun, Maguire mempertikaikan keputusan pengadil yang menarik semula penalti yang telah diberikan kepada Manchester United.

Maguire persoal pengadil

Maguire turut mempersoalkan gol Diagne yang diberikan walaupun pada pandangan Maguire gol itu adalah tidak sah. Ini kerana Maguire berpendapat Diagne terlebih dahulu mengasari Victor Lindelof.

“Permulaan yang sukar dengan gol yang kami lepaskan. Namun, gol itu sebenarnya satu faul.”

“Kamu juga pasti bahawa ianya penalti [untuk kami pada separuh masa kedua]. Saya tak pasti apa tujuannya mereka perlu meminta pengadil untuk pergi ke monitor.”

“Bentesan itu agak minimal. Tapi ianya tetap penalti. Nampaknya ada beberapa keputusan pengadil tidak memihak kepada kami sejak akhir akhir ini.”

“Kita tak boleh bergantung kepada keputusan VAR, kita harus memperbaikinya.”

7 mata di belakang City

Keputusan seri ini bermakna Man United kini 7 mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City. Skuad bimbingan Pep Guardiola masih ada satu perlawanan dalam tangan berbanding dengan Man United.

Namun Ole Gunnar Solskjaer tetap optimis pasukannya akan mampu untuk mengejar Manchester City.

Kerana menurut beliau, pasukan United adalah paling hampir dengan Man City ketika ini. Dan mereka tidak akan membiarkan Man City terlalu jauh.

Baca juga perkembangan lain

EPL: United Keciciran Mata Di The Hawthorns

Serie A: Juventus Kecundang Di Tangan Napoli Pada Hari Istimewa Chiellini

Klopp: ‘Liverpool Kibar Bendera Putih’