Kapten Manchester United, Harry Maguire menyatakan bahawa, pasukan mereka tidak akan berpuas hati hanya dengan cabaran mahu layak ke di Liga Juara-Juara Eropah sahaja.

Ini kerana pasukan mereka mahukan gelaran liga. Dan Harry Maguire merasakan mereka berada di landasan yang tepat untuk mencapainya pada musim akan datang.

Ia memerlukan kerja keras di United untuk memperbaiki banyak perkara lagi bagi sampai ke destinasi yang mereka ingin tuju.

Setelah menjadi pasukan dominan dalam Liga Perdana di bawah kendalian Alex Ferguson, United gagal menjuari EPL sejak pemergian pengurus legenda itu pada 2013.

Louis van Gaal mengetuai The Red Devils menjuarai Piala FA pada 2016 dan Jose Mourinho membantu mereka menjulang Piala EFL dan Liga Europa pada musim berikutnya.

Namun selepas itu,  Manchester United berhadapan dengan konflik di bilik persalinan dan membuatkan Jose Mourinho dipecat – digantikan dengan Ole Gunnar Solskjaer.

United kini berada di tangga kelima, tiga mata di belakang Chelsea yang berada di belakang Chelsea yang berada di tangga keempat, ketika wabak koronavirus membuatkan liga terhenti pada Mac.

Maguire, tiba dari Leicester City dengan perpindahan £80 juta pada bulan Ogos 2019, percaya Ole Gunnar Solskjaer mempunyai pasukan terbaik.

Dan mereka dalam landasan yang tepat untuk kembali ke puncak liga bola sepak Inggeris selepas ini.

“Saya rasa, anda sendiri dapat melihat dari awal musim, kami beraksi lebih sebagai satu pasukan.”

“Anda juga dapat melihat ke mana kami ingin pergi, dan destinasi yang mahu kami tuju,” kata Maguire kepada Sky Sports.

“Ketika saya pertama kali datang ke Man United, Ole mengatakan kepada saya banyak perkara tentang proses pembinaan semula pasukan.”

“Tetapi kami tetap akan sampai ke tempat yang kami inginkan. Saya dapat melihat ke mana kami sedang menuju dan gaya oermainan yang ingin diterapkan Ole dalam pasukan kami.”

“Jangan salah anggap tentang kenyataan saya. Masih masih banyak aspek yang perlu kita perbaiki untuk sampai ke puncak liga, tempat di mana kita mahu berada.”

“Kita tidak mahu sekadar mencabar tempat Liga Juara-Juara, kita mahu menjadi pencabar liga.”

“Kami tahu masih ada banyak perkara perlu ditingkatkan untuk sampai ke sana, tetapi kami berada di landasan yang tepat. Saya yakin akhirnya kami akan sampai jua di sana.”

Maguire telah menjadi pemain penting untuk United musim ini dan dijadikan kapten kelab sebaik sahaja Ashley Young menyertai  Inter pada Januari.

Ketika ditanya apakah perkara yang mengejutkan beliau ketia di Old Trafford; pemain antarabangsa England itu berkata: “Harapan orang kepada kamu. Bermain untuk Manchester United, setiap perlawanan adalah sangat besar.”

“Saya tahu semua perkara ini sebelum datang ke kelab ini. Kerana saya telah bercakap dengan bekas pemain – saya banyak bercakap dengan Jonny Evans.”

“Dia yang mengesyorkan sepenuhnya kelab ini kepada saya – yang menurut beliau, kelab ini adalah yang sangat hebat.”

“Manchester United lebih daripada sebuah kelab bola sepak. Saya rasa anda dapat melihatnya melalui cara mereka bertindak semasa krisis ini.”

“Ia adalah organisasi yang berfungsi dengan baik untuk masyarakat, di Manchester. Anda telah melihatnya menerusi perkara-perkara yang telah mereka lakukan.”

Baca juga perkembangan lain dari Eropah:

Arsenal Capai Kesepakatan Potong Gaji Pemain 12.5% Namun Bersyarat

Pengambilalihan Newcastle: Putera Mahkota Saudi Sudah Bayar Wang Pendahuluan

Messi Lebih Baik Dari Ronaldo