Kapten Manchester United, Harry Maguire menyeru agar kesemua pemain Man United saling ‘menuntut’ daripada satu sama lain untuk memenangi trofi. Maguire menyatakan bahawa mereka harus mulai memenangi trofi pertama di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer.

Pasukan Solskjaer mara ke suku akhir Piala FA selepas mencatat kemenangan 1-0 ke atas West Ham hasil rembatan cantik Scott McTominay.

Itu adalah gol ketujuh pemain antarabangsa Scotland dalam 30 penampilan untuk kelab musim ini. Menjadikan ini adalah musim paling prolifik beliau.

United juga akan beraksi dalam Liga Europa pada fasa 32 terakhir menentang Real Sociedad. Dalam carta liga, Manchester United dibezakan dengan 5 mata daripada Manchester City. United sudah bermain lebih perlawanan.

Setelah mara ke separuh akhir dalam tiga pertandingan musim lalu, dan juga tewas di pentas yang sama dengan City dalam Piala EFL bulan lalu, Maguire bertekad untuk mengatasi masalah tersebut pada kali ini.

“Musim lalu, sangat mengecewakan apabila tewas di separuh akhir seperti yang kita lakukan, tetapi kita harus memenangi piala,” kata beliau kepada MUTV.

“Kita harus menuntut satu sama lain. Kita harus melakukannya. Kita menuntut agar kita memenangi trofi dan sangat penting untuk pasukan mula memenangi trofi, untuk kelab dan para peminat juga.”

Clean sheet United menentang West Ham adalah yang keenam dalam 10 perlawanan dan Maguire merasakan kemenangan di Old Trafford akhirnya membuktikan mereka semakin bagus.

“Kita sampai di sana juga pada akhirnya dan kita layak mendapatkannya,” katanya.

“Kami berasa selesa di atas padang.”

“Saya merasakan pada babak pertama kita bermain dengan intensiti dan mendominasi permainan. Dan mempunyai peluang di mana kita harus mencetak satu, dua, tiga gol.”

Kemenangan untuk United adalah respon yang terbaik setelah mereka seri 3-3 liga Sabtu dengan Everton.

“Ketika kita bolos, kita bolos terlalu banyak – setelah bolos satu, ianya kelihatan akan bolos lagi kali kedua. Dan ianya tiga bolos menentang Everton. Itu tidak cukup baik untuk kelab ini,” katanya.

“Kami [para pemain] kecewa pada hujung minggu. Kami merasakan kami layak mendapat tiga mata tetapi kami tidak perlu meratapi diri sendiri.”

“Kami tahu kami harus datang ke sini malam ini [menentang West Ham] dan bangkit semula dan mendapatkan momentum itu di pihak kami untuk menghadapi aksi pada hari Ahad [menentang West Brom].”

The Red Devils telah memenangi sembilan perlawanan terakhir Piala FA di Old Trafford – rekod kemenangan terpanjang bersama mereka dalam pertandingan, menyamai rekod sembilan berturut-turut antara 1908 dan 1912.

Maguire berharap mereka akan kembali bermain di halaman sendiri apabila undian untuk lapan terakhir dibuat pada hari Khamis.

“Ya, tentu saja. Kami suka bermain di padang ini, dan kami harus menyukarkan orang untuk datang ke sini dan mendapatkan hasil,” katanya lagi.

“Kami perlu menjadi lebih baik dan sepertinya kami telah meningkat sedikit sejak akhir-akhir ini. Ya, tentu sahaja kami mahu perlawanan di halaman sendiri.”

“Kami sedia bertemu dengan sesiapa pun. Kami hanya perlu menjaga prestasi diria kami, kekakan persembahan yang cemerlang dan memastikan bahawa kami mulai memenangi trofi di kelab ini.”

Baca juga perkembangan lain

Pemain Braga & Porto Menolak Ambulans Yang Rosak Ketika Membawa Pemain Cedera Serius

Koeman: Kami Tak Patut Kalah

Alaba Mahu £400k Seminggu Dari Chelsea